Pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam baru-baru ini mencuri perhatian apabila menghadiahkan kejutan istimewa buat isteri pertamanya, Umisya Mazlan, yang banyak berkorban dalam menguruskan rumah tangga.
Menerusi perkongsian di TikTok, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 25, menzahirkan ucapan penuh syukur dan penghargaan terhadap isterinya yang dianggap sebagai tulang belakang keluarga mereka.
Menurut Aslam, Umisya seorang yang sentiasa mendahulukan orang lain walaupun dirinya sendiri penat.
Alhamdulillah, hari ini saya berkelapangan untuk bahagiakan orang yang selalu menjadi tulang belakang saya. Teruntuk sayangku, setiap hari saya tengok awak kuat walaupun penat jaga anak-anak, kerja, urus rumah sampai tidur pun tak tentu.
Dalam pada itu, Aslam turut menitipkan doa agar rumah tangga mereka sentiasa dipelihara Allah dan isterinya terus dilimpahi kebahagiaan.
Saya selalu doa agar awak sentiasa bahagia. Bila awak bahagia, semua orang rasa tenang. Jadi, hari ini saya ambil kesempatan kongsikan rezeki.
Saya nak awak rasa dihargai macam mana awak selalu hargai semua orang. Apa yang saya bagi, mungkin tak boleh membalas segala jasa awak. Saya cuba sedaya upaya untuk membahagiakan awak.
Terima kasih sayang selalu jadi kawan, isteri, dan ibu yang terbaik buat anak-anak. Semoga Allah menjaga hubungan kita hingga akhir hayat.
Dalam video berdurasi hampir dua minit itu, Aslam dilihat menulis sepucuk surat, menyerahkan sejambak bunga serta beberapa koleksi beg tangan sebagai tanda penghargaan buat Umisya.
Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Julai 2020. Namun, mereka pernah berpisah pada September 2023 sebelum rujuk semula ketika dalam tempoh edah. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, Nuh, dan Haya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.