Baru-baru ini pelawak dan pengacara Nabil Ahmad tampil dengan permohonan maaf kepada orang ramai susulan komen yang diberikan tentang isu Ustaz Don yang direhatkan dari sebuah program baru-baru ini.
Maaf jika menyinggung
Menerusi hantaran di Instagram, pengacara ini meminta maaf sekiranya katanya ketika mengacara sebuah program itu telah menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Assalamualaikum semua, saya Nabil Ahmad, di bulan yang suci dan mulia ini ingin memohon maaf andai ada ayat saya yang mungkin mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak dan menyinggung mana-mana individu.
View this post on Instagram
Akan lebih berhati-hati
Di samping itu, Nabil turut memberitahu dirinya akan lebih berwaspada dalam bertutur di masa akan datang supaya kejadian ini tidak terulang.
Saya akan cuba untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, salah dan silap itu dari diri saya sendiri.
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) June 19, 2024
Terdahulu, Nabil menerima kritikan ekoran ulasan yang dibicarakan dalam sebuah program baru-baru ini soal ustaz yang direhatkan kerana isu hadis yang tidak sahih.