“Saya panggil hey sayang..cium pipinya dan geletek badan tapi masih tak berjaga. Peluk tapi tak bergerak..” begitulah sedikit perkongsian penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) yang akhirnya tampil berkongsi momen sedih ketika bersama buat kali terakhir dengan suami kesayangan, Allahyarham Ashraf Sinclair.
View this post on Instagram
Merasakan sesuatu yang pelik malah sempat mengatakan bahawa perkara tersebut (tidak terjaga) sebagai bukan sesuatu yang lucu kepada Ashraf, BCL menjelaskan bahawa sehari sebelum kejadian mereka berdua baru sahaja pulang daripada New York dan berehat sebelum menjalani aktiviti seperti biasa pada hari berikutnya.
Ujar BCL, Ashraf pada pagi hari duka tersebut sibuk seperti biasa dengan beberapa mesyuarat dan dia bergegas ke program Indonesian Idol sebagai juri.
“Kami masih berhubung melalui mesej seperti biasa pada tengah hari. Sebaik pulang ke rumah lewat malam saya melihat Ashraf dalam bilik, kami kemudian memilih gambar terbaik untuk single duet saya bersama Ariel Noah untuk platform digital.”
“Selepas memilih gambar Ashraf maklum dia letih selepas menjalani ‘cross fit’. Jadi dia minta izin untuk tidur. Dia kemudian tidur dan saya ke bilik mandi. Selepas itu saya kembali ke bilik, kejutkan Ashraf dan dia tidak bangun.”
Tambah pelantun lagu Karena Ku Cinta Kau ini lagi, dia melakukan pelbagai cara untuk menyedarkan suaminya namun gagal sehinggalah dia melihat sesuatu yang pelik apabila melihat keadaan Ashraf.
Langsung tidak bergerak, BCL menjerit memanggil ibu sehinggakan anak sulung mereka, Noah yang sedang tidur turut terjaga.
View this post on Instagram
Melihatkan keadaan itu, BCL segera membawa Ashraf ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 4.51 pagi dipercayai akibat serangan jantung.
Jenazah Ashraf Sinclair dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat, Indonesia.
View this post on Instagram
Terdahulu, Bunga pernah memberitahu media bahawa dia tidak pernah tidak merindui suaminya itu dan sentiasa menziarahi pusara Ashraf bagi mengubati kerinduan.