“Saya Cina Tapi Suka Berhijab”, Cantiknya Gadis Ini

Fesyen

“Saya Cina Tapi Suka Berhijab”, Cantiknya Gadis Ini

Meskipun pengetahuannya mengenai agama Islam sangat terbatas, ia sedikit pun tidak menghalang seorang gadis cina ini mengenakan fesyen tudung.

Gadis ini telah berkongsikan beberapa gambarnya mengenakan tudung di akaun Twitternya sehingga mendapat perhatian netizen.

Advertisement

Walaupun beliau bukan beragama Islam, gadis ini amat suka memakai tudung.

Saya Cina tapi saya suka berhijab.

Menurut gadis ini lagi, beliau terbuka untuk memakai tudung kerana dikelilingi rakan-rakan Melayu dan mengenali mereka dalam tempoh lama.

berharap dapat pakai tudung

Mungkin kerana saya sudah berkawan dengan orang Melayu.

Bila saya tengok kawan saya bertudung nampak ayu ja semua, saya tertarik dengan Melayu sebab bila tutup aurat, saya rasa tenang ja.

Hati tenang bertudung

Katanya, pertama kali dia memakai tudung pada tahun 2018. Buat pertama kali, beliau memakai tudung sekolah berterusan sehingga mampu menggayakan pelbagai jenis tudung.

memakai tudung sekolah

Gadis ini turut berhasrat dapat kekal memakai tudung setiap hari. Dia turut berhasrat agar dapat kekal berhijab setiap hari.

Tahukah anda semua tudung pada asasnya merupakan sehelai kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan rambut, kepala serta leher dan ada kalanya turut meliputi bahagian bahu hingga melepasi paras dada.
tudung adalah sehelai kain

Mungkin ramai di kalangan wanita Islam yang bertudung tidak menyedari amalan pemakaian tudung ini turut dikongsi dengan wanita dari agama dan bangsa lain.

Selain Islam, amalan memakai tudung turut dipraktikkan wanita Yahudi dan Kristian ortodok terutama apabila mereka beribadah di dalam gereja dan kuil.

Manakala dalam tamadun Greek dan Rom, pemakaian tudung kepala hanya dikhaskan kepada wanita bangsawan sebagai simbol status mereka.
pemakaiaan tudung

Tudung juga telah menjadi sebahagian daripada pakaian harian dan tradisi pelbagai bangsa seperti wanita Hindu di India, komuniti Amish di Amerika dan wanita di negara Eropah Timur.

Jadi pemakaian tudung ini sudah lama diamalkan oleh wanita sebelum ini.

 

Sumber: Twitter

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...