Usahawan dan pempengaruh media sosial, Asyraf Khalid berkongsi kisah perjalanan hidupnya yang bermula daripada perniagaan keluarga.
Menerusi perkongsian di TikTok, Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid mendedahkan gaji awalnya ketika bergelar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) hanya sekitar RM3,500 hingga RM4,000.
Menurutnya, ayahnya iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, suami kepada Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengajarnya untuk hidup sederhana tanpa bergantung kepada kemewahan.
Daripada segi moral dan pengalaman, ianya memberi impak kepada saya. Tapi ayah tidak beri duit. Dia selalu begitu. Sebelum ini saya dalam perniagaan keluarga.
Ketika itu, saya rasa ayah cuba untuk mengajar kami tidak bermewah-mewah sangat.
Berkongsi lanjut, suami kepada pelakon dan usahawan Tya Arifin itu berkata, dia akhirnya nekad untuk keluar daripada zon selesa dan membina bisnesnya sendiri.
Saya nekad untuk cari jalan sendiri. Saya jumpa dan minta restu ayah untuk memulakan perniagaan saya. Saya tak minta duit atau apa-apa, cuma mahukan restu seorang ayah. Ayah betul-betul lepaskan saya untuk belajar sendiri..
Dalam pada itu, Tya turut berkongsi bahawa salah satu perkara yang membuatkan dia tertarik dengan Asyraf adalah kerana personalitinya yang sentiasa berdikari dalam apa jua keadaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.