“Saya Cakap Tentang Kacang Botol, Kalau Nak Makan Perlu Pilih Yang..” – Janna Nick Tampil Nafi Buat Konten ‘Double Meaning’

Hiburan

“Saya Cakap Tentang Kacang Botol, Kalau Nak Makan Perlu Pilih Yang..” – Janna Nick Tampil Nafi Buat Konten ‘Double Meaning’

Pelakon, Janna Nick menerima setiap teguran yang diberikan oleh netizen selepas dialognya dalam konten media sosialnya didakwa mempunyai ‘double meaning’ atau berbaur lucah sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai.

Menurut Kosmo!Online, Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner berkata, perkara tersebut mungkin berlaku kerana dia terlalu selesa melakukan konten bersama suaminya, Dini Schatzmann.

Advertisement

janna nick dan dini

Dalam video itu, saya bercakap tentang kacang botol. Kalau nak makan perlu pilih yang kecil dan rangup, jangan ambil jenis keras atau besar.

 

Hakikatnya, benda itu fakta tapi orang pula fikir benda tu ‘double meaning’. Jadi, kita sepatutnya menilai apa intipati sebenar konten tersebut.

 

Bila kami rekod konten, mungkin perbualannya dan sebagainya terlalu selesa sebab kami pun memang suami isteri. Adakalanya memang mudah terlepas.

@ohbulanofficial Risau ekk.. 😗😗😗#ohbulan #fyp #news #jannanick #pilih #kacang #buat #lawak #doublemeaning ♬ KHÔNG SAO CẢ (feat. 7dnight) – RAP VIỆT

Janna turut menegaskan dia tidak pernah berniat untuk menggunakan konten sebegitu untuk menarik lebih ramai penonton.

Kami tegaskan, kami bukan jenis individu yang menggunakan elemen sebegitu untuk tunggang benda negatif atau perkara kurang baik.

janna nick dan dini

Dalam pada itu, dia menerima segala teguran yang diberikan dan berjanji untuk mengelak daripada melakukan hal yang sama.

Saya akui kelemahan sendiri dan akan cuba perbaiki apa sahaja kekurangan pada masa akan datang.

dini dikritik buat lawak double meaning
2 weeks ago

Didakwa Buat Jenaka Tidak Senonoh, Netizen Tegur Dini Schatzmann -"Buka Mulut Je 'Double Meaning'"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...