“Saya Cakap Sajalah Pada Mereka, Ini Isteri Kedua Ayah” – Syamsul Yusof Belum Sedia Bawa Anak-Anak Jumpa Mak Tiri

Trending

“Saya Cakap Sajalah Pada Mereka, Ini Isteri Kedua Ayah” – Syamsul Yusof Belum Sedia Bawa Anak-Anak Jumpa Mak Tiri

Selepas suaminya, Syamsul Yusof memfailkan permohonan nusyuz secara tiba-tiba, Puteri Sarah Liyana tampil dengan memfailkan hak penjagaan anak (hadanah) keesokan harinya.

Peguam syarie yang mewakili Sarah berkata permohonan tersebut mengikut Seksyan 81 Akta (303)(1) tertakluk kepada Seksyen 82 yang memperuntukkan ibu paling berhak dariapda segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu dalam perkahwinan atau selepas ia dibubarkan.

Advertisement

1 year ago

"Sebab Semalam Pun Tiba-Tiba, Kita Semua Pun Main Tiba-Tiba” - Puteri Sarah Mohon Hak Penjagaan Anak

Konflik antara pasangan ini berlarutan apabila Syamsul kemudian membuat sidang media menjelaskan beberapa perkara yang menjadi tanda tanya selama ini.

Pengarah berusia 39 tahun itu turut disoal tentang hubungan anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, dengan isteri keduanya, Ira Kazar.

Jelas Syamsul, dia belum lagi membawa dua anaknya itu bertemu dengan ibu tiri mereka kerana mahu menjaga sensitiviti isteri pertamanya dan keluarga.

Luahnya, sekarang bukanlah masa yang tepat dan bagus untuk berbuat sebegitu memandangkan keadaan dia dan dua isterinya masih berhadapan dengan konflik rumah tangga.

Buat masa ini, anak-anak saya belum pernah lagi dibawa berjumpa Ira. Saya harus betulkan apa yang berkecamuk dengan Sarah dulu. Macam tak manislah, saya nak buat begitu (bawa anak jumpa Ira) bila isteri pertama masih begini. Setakat ini, belum lagilah.”

Meskipun begitu, dia akui tiada masalah untuk berterus-terang dengan anak-anaknya bahawa bapa mereka sudah berkahwin dua.

Saya cakap sajalah pada mereka, inilah isteri nombor dua ayah. Nak cakap apa lagi, dah memang betul pun. Saya juga tak galakkan untuk menipu anak. Cakap sajalah benda yang betul.”

Syamsul dan Ira bernikah pada 6 Januari lalu di Thailand dan telah mendaftar perkahwinan mereka di Malaysia pada 20 Januari.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...