“Saya Cabar Individu Tuduh Saya Berhibur Di Langkawi Tampil Buktikannya” – Harris Annuar

Hiburan

“Saya Cabar Individu Tuduh Saya Berhibur Di Langkawi Tampil Buktikannya” – Harris Annuar

Berikutan berita pelakon Harris Anuar yang dikhabarkan positif COVID-19 selepas pulang daripada bercuti di Langkawi, banyak suara sumbang yang menuduh puncanya adalah kerana lelaki itu berhibur ketika di sana.

“Saya cabar individu yang menuduh saya berhibur di Langkawi pada malam sambutan tahun baharu lalu untuk tampil buktikannya.”

Menurutnya, dia terkilan apabila membaca komen serkap jarang orang ramai sehingga ada yang mendakwa dia berseronok di beberapa kelab malam dan hotel semasa berada di pulau tersebut.

“Saya bukan jenis kaki parti. Kalau di Kuala Lumpur pun saya tak berminat nak pergi apatah lagi di sana. Saya hanya pergi ke kelab malam jika ada majlis pelancaran sahaja dan atas urusan kerja saja. Kawan-kawan saya tahu yang saya bukan jenis begitu. Saya sedih apabila difitnah begitu teruk.

Jelas Harris, dia hanya menghabiskan masa di kafe Scuba pada malam tahun baru dan premis tersebut tidak dikerumuni ramai orang berbanding dengan kafe lain berdekatan dengannya.

harris anuar

Tambah pelakon itu lagi, dia berasa kecewa kerana dia dianggap sebagai pembawa virus itu sementelah dia merupakan mangsa yang berjangkit semasa berada di sana. Malah ada yang menuduh dia tidak memakai pelitup muka walhal kalau dicari di laman media sosial, ramai sebenarnya yang tidak menutup muka ketika bergambar.

“Jadi samalah dengan saya apabila mahu bergambar. Namun selepas itu saya akan memakainya. Saya seorang yang mengambil berat mengenai keselamatan diri dan akan mengimbas kod My Sejahtera. Sebab itu, sebaik pulang dari Langkawi saya ambil tanggungjawab untuk terus membuat ujian saringan kerana rasa panas badan.”

Selain itu, dia mengatakan bahawa ramai yang memarahainya kerana melancong padahal ianya tidak adil memandangkan ramai yang menggunakan peluang tersebut untuk bercuti. Bahkan ada yang langsung tidak melakukan ujian saringan mahupun kuarantin diri di rumah.

“Saya bukan minta dipuji tapi sekurang-kurangnya saya ambil tanggungjawab untuk melakukan ujian saringan berbanding orang lain yang tidak melakukannya sekali gus mungkin membahayakan nyawa orang lain.”

Selepas berita tidak sahih berkenaan tersebar, pihak pengurusan pelakon itu iaitu Absolut Management telah tampil untuk menafikan dakwaan tersebut selain melampirkan premis dan tempat yang dikunjungi oleh Harris untuk rujukan orang ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Advertisement

Benda dah nak jadi kan, harap Harris dan rakannya lain yang positif akan sembuh dengan cepat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...