“Saya Cabar Azmin Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap Saya.” – Haziq Aziz

Trending

“Saya Cabar Azmin Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap Saya.” – Haziq Aziz

Haziq Abdullah Abdul Aziz telah mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya sekiranya Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu yakin tidak bersalah.

Haziq, yang juga Ketua Pemuda PKR Santubong baru-baru ihi membuat pengakuan bahawa dia ialah lelaki dalam video seks yang tular bersama Azmin, serta mencabar Azmin membuat laporan polis terhadapnya.

Advertisement

Dia patut buat begitu. Biar kesemua bukti dan maklumat didedahkan.

Untuk membuktikan kata-katanya, Haziq bercakap mengenai bagaimana polis telah merekodkan kenyataan Azmin manaka setiausaha politiknya, Muhammad Hilman Idham membuat laporan polis.

Azmin, yang juga Naib Presiden PKR, sebelum ini menafikan video seks itu ada kena-mengena dengan dirinya dan hanyalah satu perancangan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Bagaimanapun, Haziq mengulang kenyataannya dalam satu temubual dengan The Star bahawa memang dia dan Azmin dalam video itu mengadakan hubungan seks.

Rakaman video yang mula timbul melalui WhatsApp pada 11 Jun lepas menggegarkan Malaysia dan menjana pelbagai tajuk artikel berita.

Haziq yang sebelum ini bertugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama telah dipecat dari jawatannya.

Haziq tetap mengulang pendiriannya semalam. Menurut Haziq yang juga seorang peguam:

Saya bukan penipu. Saya mahu perkara ini dibawa ke mahkamah supaya rakyat Malaysia boleh lihat sendiri bukti-buktinya. Kemudian rakyat Malaysia akan tahu siapa bercakap benar.

Dia berkata Azmin telah membuat tuduhan palsu terhadapnya.

Malah, saya ialah mangsa dalam situasi ini. Jika saya fitnah dia, dia mempunyai hak untuk saman saya dalam mahkamah undang-undang.

Pada mulanya saya tak apa-apa masalah dengan Azmin kerana saya ingatkan kami berdua mangsa dalam kes ini.

Saya mula tak puas hati bila Hilman cuba untuk diamkan saya dan Azmin tuduh saya bersekongkol dengan Umno dan Barisan Nasional.

Saya tak pernah cakap apa-apa yang buruk mengenai Azmin. Dia patut buat laporan polis dan saman saya jika saya fitnah dia.

Dia juga merayu agar pihak polis menyelesaikan siasatan dengan segera.

Polis ambil kenyataan saya selama empat jam, 9.00 malam dan 1.00 pagi pada Khamis. Saya beritahu mereka dari A hingga Z apa yang berlaku apabila mereka kata terdapat lompang dalam cerita saya, jadi saya terpaksa beri lebih maklumat.

Temubual dengan Haziq diadakan di Langkawi memandangkan dia sedang bercuti di situ, disebabkan dia ingin berehat hujung minggu dan dia tidak dibenarkan keluar negara buat masa ini.

Haziq yang kelihatan tenang sepanjang temubual itu berkata, dia ingin kebenaran dikeluarkan kerana, “saya tak mahu bersembunyi selamanya.” – amazingnara.com via The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...