“Saya Bukannya Robot..” – Aishah Menangis Diceraikan Talak Satu Melalui Whatsapp

Hiburan

“Saya Bukannya Robot..” – Aishah Menangis Diceraikan Talak Satu Melalui Whatsapp

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Aishah memaklumkan bahawa dia kini sudah pun bercerai dengan bekas suami sekitar penghujung tahun lalu.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin,57, mendedahkan bahawa bekas suaminya telah malafazkan cerai  talak satu menerusi aplikasi Whatsapp pada 25 Disember 2021.

Advertisement

Ujar Aishah, dia mengakui dirinya berasa sedih dengan pengakhiran rumah tangganya kerana dirinya juga manusia biasa, bukannya robot.

Segalanya sudah selesai apabila saya diceraikan talak satu menerusi mesej pada 25 Disember lalu. Bohonglah jika saya tidak bersedih dengan pengakhiran yang berlaku. Saya bukannya robot.

Saya menangis sebaik sahaja membaca mesej yang dikirimkan. Namun, saya akur dengan ketentuan takdir. Walau apapun yang berlaku, hidup harus diteruskan.

Katanya, penceraian kali ini bukanlah sesuatu yang sukar kerana hidupnya dihiasai dengan kehadiran dua cahaya mata lelaki iaitu Armand Azhari dan Azhad Ahlami yang menjadi sumber kekuatannya kini.

“Sekarang, anak-anak sudah dewasa dan menjadi tempat untuk saya bergantung harap. Hidup saya kini hanyalah untuk anak-anak.” luah Aishah lagi.

Terdahulu, juara program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-4 ini mengakui sudah tidak lagi tinggal sebumbung bersama bekas suami setelah lima tahun melayari bahtera rumah tangga.

Namun, Aishah tidak menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai punca pergolakan rumah tangganya itu kepada umum.

Aishah
2 years ago

"Seumur Hidup I Lah Isteri Yang Beli Beras.."- Aishah Beri Bayangan Kehidupan Rumah Tangga Sebelum Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...