“Saya Bukannya Buat Pembedahan” – Michael Ang Mengaku Tanam Benang Dalam Hidung, Nafi Cucuk Botok

Hiburan

“Saya Bukannya Buat Pembedahan” – Michael Ang Mengaku Tanam Benang Dalam Hidung, Nafi Cucuk Botok

Pengarah terkenal, Michael Ang, baru-baru ini menjadi bualan netizen kerana perubahan pada bahagian wajahnya.

Dalam pada itu, Michael turut didakwa telah melakukan pembedahan kosmetik dan menyuntik botok.

Advertisement

Memetik laporan Utusan Malaysia, Michael mengakui bahawa dia pernah menjalani prosedur menanam benang dalam hidung dua tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, Michael menjelaskan dia berasa yakin bahawa tindakannya itu tidak menyalahi hukum kerana rawatan itu hanya bersifat sementara.

Saya bukannya buat pembedahan pecahkan rahang atau menyuntik botok dan sebagainya. Perubahan itu hanyalah sementara dan akan hilang selepas dua tahun. Tidak kekal pun.”

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan prosedur itu dilakukan atas dasar ingin mencuba dan tidak mengendahkan jika ada segelintir pihak yang ingin mempersoalkan tentang hukum-hakam perkara tersebut.

Jika masih ada yang mempersoalkan halal dan haram tindakan saya ini, terpulanglah kepada mereka. Lagipun, ia tidak melibatkan sebarang prosedur merubah bentuk wajah secara kekal.”

Michael Ang turut menafikan bahawa dia menyuntik botok dan menyelar tindakan sesetengah selebriti dan pengasas produk yang melakukan prosedur tertentu untuk tampil cantik bagi melariskan produk.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

4 bulan lalu

"Kalau Tak Suka, Tengok TV Al-Hijrah" - Aksi Mesra Pelakon Drama Dikecam, Ini Respon Pengarah Michael Ang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    August 17, 2022 at 3:33 pm

    buat lah apa pun kau tetap hodoh la longkang

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...