Pengarah terkenal, Michael Ang, baru-baru ini menjadi bualan netizen kerana perubahan pada bahagian wajahnya.
Dalam pada itu, Michael turut didakwa telah melakukan pembedahan kosmetik dan menyuntik botok.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Michael mengakui bahawa dia pernah menjalani prosedur menanam benang dalam hidung dua tahun yang lalu.
Walau bagaimanapun, Michael menjelaskan dia berasa yakin bahawa tindakannya itu tidak menyalahi hukum kerana rawatan itu hanya bersifat sementara.
Saya bukannya buat pembedahan pecahkan rahang atau menyuntik botok dan sebagainya. Perubahan itu hanyalah sementara dan akan hilang selepas dua tahun. Tidak kekal pun.”
Dalam pada itu, dia juga memaklumkan prosedur itu dilakukan atas dasar ingin mencuba dan tidak mengendahkan jika ada segelintir pihak yang ingin mempersoalkan tentang hukum-hakam perkara tersebut.
Jika masih ada yang mempersoalkan halal dan haram tindakan saya ini, terpulanglah kepada mereka. Lagipun, ia tidak melibatkan sebarang prosedur merubah bentuk wajah secara kekal.”
Michael Ang turut menafikan bahawa dia menyuntik botok dan menyelar tindakan sesetengah selebriti dan pengasas produk yang melakukan prosedur tertentu untuk tampil cantik bagi melariskan produk.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah: