“Saya Bukan Tukang Ulas Produk” – Mahu Fokus Sebagai Pelakon, Azhan Rani Tak Buat ‘Review’

Hiburan

“Saya Bukan Tukang Ulas Produk” – Mahu Fokus Sebagai Pelakon, Azhan Rani Tak Buat ‘Review’

Tidak segan memaklumkan kepada umum bahawa dirinya memilih untuk tidak menerima tawaran mengulas produk (review) daripada peniaga di platform media sosial, pelakon senior Azhan Rani yang popular menerusi drama Nur masih tetap dengan pendirian sebagai pelakon yang enggan mengambil sebarang “review” meskipun menjanjikan pulangan hingga puluhan ribu ringgit sebulan.

“Saya Bukan Tukang Ulas Produk” - Mahu Fokus Sebagai Pelakon, Azhan Rani Tak Buat 'Review'

Advertisement

Menurut Azhan, beliau khabarnya bimbang andai fokus dalam lakonan terganggu dek kerana perlu melakukan lebih daripada satu kerja dalam satu-satu masa.

“Saya tak mahu fokus lari. Sebolehnya untuk menjadi pelakon serius, saya perlu mengutamakan lakonan berbanding benda lain. Ia pilihan saya sendiri kerana berasakan tidak mampu mengawal keadaan.”

“Saya Bukan Tukang Ulas Produk” - Mahu Fokus Sebagai Pelakon, Azhan Rani Tak Buat 'Review'

Ujar Azhan lagi, jadualnya yang penuh membuatkan dirinya berasa berasa kurang selesa sekiranya perlu membuat ulasan di set penggambaran.

“Sebolehnya, saya mahu fokus sebagai Azhan Rani seorang pelakon, bukan tukang ulas produk. Saya pernah menerima empat produk sama serentak. Hilang kreativiti jadinya apabila terpaksa memberi komen kepada produk yang sama. Dari situ, saya sedar tidak sesuai dengan tuntutan kerja sedemikian.”

Bagaimanapun, pemenang anugerah Pelakon Antagonis Pilihan pada malam kemuncak Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 itu juga sempat menyatakan, keputusan tersebut bukanlah muktamad kerana risau andai suatu hari nanti terpaksa bergantung kepada ulasan produk demi kelangsungan hidup.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...