Baru-baru ini, seorang wanita telah mendapat perhatian ramai selepas dia meluahkan beban perasaan dalam menguruskan rumah tangga dengan suami yang berpendapatan RM7,000 sebulan.
Memetik laporan WeirdKaya, walaupun dia mempunyai seorang suami yang sangat penyayang dan stabil, dia mengakui bahawa bebanan kewangan telah menghakis kebahagiaan dan kesederhaan perkahwinan mereka yang baru berusia dua tahun.

gambar hiasan
Menerusi satu hantaran tanpa nama di Facebook, wanita tersebut telah berkongsi konflik dalamannya iaitu terbahagi antara rasa bersyukur dengan apa yang mereka telah miliki dan ketakutan bahawa cinta semata-mata mungkin tidak cukup untuk bertahan dalam jangka masa panjang.
Kalau ikutkan, RM7,000 cukuplah kan? Tapi bila masuk sekali bayaran rumah, ansuran kereta, bil, perbelanjaan harian dan mungkin besarkan anak, kami rasa macam cukup-cukup makan je.
Pada suatu malam ketika makan malam, dia akhirnya bertanya kepada suaminya sama ada pernah terfikir untuk mencari kerja yang bergaji lebih tinggi.
Pertanyaan itu membuatkan suaminya terdiam sejenak dan kemudiannya menjawab kerjanya yang sekarang agak stabil.
Namun, akibat terlalu kecewa, dia bertanya pada suaminya apa gunanya stabil jika mereka tidak mampu untuk pergi bercuti setahun sekali, apatah lagi mahu merancang untuk memiliki anak.
Maaf, saya tahu ini semua berat untuk awak. – jawab suaminya.
Wanita itu turut memberitahu dia bukanlah tamak atau menyalahkan suaminya namun dia hanyalah takut.

gambar hiasan
Saya cuma takut kalau kami akan terus hidup susah, takut 10 tahun akan datang kami masih menyewa, tak mampu beri kehidupan yang baik untuk anak-anak. Takut kalau cinta ini tak mampu bertahan di bawah beban hidup yang makin berat.
Walau bagaimanapun, hantaran wanita itu menerima kecaman daripada orang ramai kerana rata-rata mengatakan pendapatan RM7,000 itu merupakan jumlah yang memadai terutamanya bagi keluarga yang hanya bergantung pada satu sumber pendapatan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.