“Saya Bukan Suruh Wanita Kurang Ajar Dengan Suami..” – Puteri Sarah Dedah Terima Kecaman Dari Ramai Lelaki

Hiburan

“Saya Bukan Suruh Wanita Kurang Ajar Dengan Suami..” – Puteri Sarah Dedah Terima Kecaman Dari Ramai Lelaki

Sebelum ini, pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan bahawa dia ada memberi bimbingan kepada isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mengenai apa yang perlu dilakukan selepas suaminya berlaku curang.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 38 tahun itu berkata dia turut menerima mesej pesanan ringkas (DM) daripada golongan wanita yang berdepan dengan isu orang ketiga atau penyondol dalam rumah tangga.

Advertisement

Malah, ada juga yang meminta Sarah untuk membuka persatuan bagi membela nasib wanita selain memberi dorongan dan nasihat untuk wanita yang berhapan masalah sama.

Bagaimanapun, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu menjelaskan bahawa niatnya hanyalah untuk membantu golongan wanita yang teraniaya.

Saya bukan bantu Shuhada saja tapi ramai wanita di luar sana. Saya nak mereka lebih berani. Saya kesian pada mereka.

Dalam pada itu, Sarah berkata dia hanya berkongsi pengalaman dan memberitahu apa tindakan yang mereka perlu lakukan sekiranya berada di situasi sama sepertinya.

Saya terima DM beribu-ribu daripada wanita di luar sana yang minta nasihat. Mereka minta kata-kata semangat.

Namun, ibu kepada dua orang anak itu memaklumkan dia juga menerima kecaman daripada golongan lelaki yang menganggap dia seolah-olah menjadi tempat rujukan wanita yang mengalami isu rumah tangga.

Ada golongan lelaki yang DM saya kata saya ajar wanita untuk bersikap kurang ajar dengan suami.

Tambahnya lagi, dia bukan berniat untuk menyuruh wanita di luar sana untuk melakukan perkara tidak sepatutnya atau menjadi batu api, sebaliknya inigin memberi tunjuk ajar berkaitan cara-cara menghadapi penyondol.

Tujuan saya hanya mahu wanita berani dan perjuangkan hak mereka. Lelaki di luar sana jangan lah takut sangat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Doakan Shu Kuat" - Bekas Isteri Hafidz Roshdi Masuk Hospital, Mohon Maaf Tak Dapat Beri Kerjasama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...