“Saya Bukan Suka-Suka Tunjuk..”- Tayang Bulu Ketiak Di Instagram, Pelakon Azhan Rani Dikecam Netizen

Hiburan

“Saya Bukan Suka-Suka Tunjuk..”- Tayang Bulu Ketiak Di Instagram, Pelakon Azhan Rani Dikecam Netizen

Pelakon Azhan Rani yang semakin dikenali setelah lakonannya dalam drama bersiri Nur, mengakui berasa lucu dengan komen netizen yang sanggup berdebat hanya kerana dia memuat naik beberapa keping foto memaparkan bulu ketiaknya di laman Instagram baru-baru ini.

Azhan yang ditemui media berkata dia tidak menyangka bahawa isu bulu ketiak boleh menjadi topik perbualan netizen mungkin kerana kaitan dengan penjagaan kebersihan diri seseorang individu.

Advertisement

Namun begitu, pelakon filem Bikin Filem ini menjelaskan dia memuat naik foto-foto berikut bukanlah sekadar hanya suka-suka.

View this post on Instagram

sorry sahabat2, lately ni jadual kerja sangat padat sampai terlalu dikekang dengan masa. petang ni termenung kejap mengenangkan betapa lama tak lepak mengopi dengan sahabat2, nak call bermesej pun sampai takde time. dia punya tahap busy tu memang sangat tak boleh dibawa berbincang sampai nak beli pisau cukur pun takde masa la. harap teman dan sahabat2 kat sana faham keadaan diri ni bila tengok gambar ni. i is sedih ? jaga diri, stay safe.. muahh ciket ? #behindthescenes ??? ???? ?????? ?????? #behindthescenes #kampunglatahkenakuarantin @megapineofficial @naziamustafar @iedamoin79 @azhan_rani @elisyasandhaofficial @psmansur @din_latah @ropie_sryn_ @azleesenario @ladydidiemsia @joey_daud @awieofficial @syamsuldebatofficial @bellngasri @riezmankhuzaimi @thisisroyazman @shahrinxtune @ekienzambri @tina_othman @apelfaressa @wannsahmad_official #kampunglatahkenakuarantin #klkk #astrofirst #supertelemovie #megapinemsdnbhd

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

“Saya sebenarnya bukan suka-suka nak tunjuk atau saja-saja bela bulu ketiak. Tapi ia bagi memenuhi tuntutan watak saya dalam telefilem Kampung Latah Kena Kuarantin untuk Astro Frist. Telefilem komedi ini diarahkan Azizi Chuck Adnan dan siapa yang pernah bekerja dengannya mesti tahu idea Azizi ada kala macam kartun sikit.”

Meskipun ‘dihentam’ agak hebat oleh warga maya, Azhan Rani tidak melatah dan mengakui sudah memahami sikap segelintir netizen di media sosial.

Tambahnya lagi, dia tidak bimbang kerana tahu peminat yang mengikutinya sejak dahulu lagi sudah pasti mengetahui karakter dirinya di media sosial.

Namun, dia redha jika ada peminat yang sudah beralih arah untuk tidak mengikutinya di media sosial gara-gara foto kontroversinya itu.

Mengakhiri bual bicara, Azhan sempat memesan kepada masyarakat di luar sana supaya terus berhati-hati dan sentiasa mengikuti SOP serta patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dilaksanakan kini.

Sumber : Harian Metro 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...