Sebut sahaja nama Fynn Jamal pasti pelbagai cerita yang kami dengar tentang penyanyi baru ini, ada yang suka dengan beliau malah ada juga yang sering mencari kesalahan beliau. Pernah dikatakan sebagai seorang yang sombong kerana menolak sebarang sesi fotografi bersama pihak media, Fynn menafikan perkara tersebut dan menjelaskan beliau sebenarnya tidak mempunyai keyakinan diri.
Semuanya berpunca apabila Fynn sewaktu kanak-kanaknya sering dihina kerana mempunyai bentuk fizikal yang agak gemuk.
Saya pernah dihina disebabkan fizikal saya yang gemuk ketika zaman persekolahan. Perkara itu membuatkan saya tidak mempunyai keyakinan diri. Malah sehingga sekarang, saya tidak pernah selesa dengan diri saya. Saya juga benci melihat muka saya sendiri. Disebabkan itu, saya tidak suka mengambil gambar secara selfie.
Kurang keyakinan diri merupakan antara sebab saya menolak pelawaan pihak media yang ingin membuat sesi temubual bersama saya. Saya sedar memang tidak bagus bila tiada keyakinan diri. Pada mulanya, saya fikir bila saya menolak, perkara ini akan menjejaskan serta memberi kesan terhadap karier saya. Saya risau orang akan fikir saya sombong, namun Alhamdulillah, bila sudah berjumpa secara depan mereka mula tahu yang sebenarnya saya tidak sebegitu.
Menjalani sesi fotografi di mana foto itu akan dikeluarkan di akhbar ataupun majalah adalah salah satu cara untuk mempromosikan diri, harapnya Fynn Jamal dapatlah mengatasi masalahnya itu kerana kalau hendak menjadi artis keyakinan diri itu harus anda kerana anda selalu berdepan dengan orang ramai.