Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

“Saya Bukan Siapa-siapa,” Intan Liana, Madu Izreen Azminda Ucap Terima Kasih Pada Netizen

Boleh kita katakan, Intan Liana Saleh, 33, seorang yang kuat menghadapi kesedihan. Walaupun suaminya, Ude Wahid, 30, telah berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda, 33, secara rahsia dan kemudian memfailkan perceraian terhadapnya dua minggu setelah dia mengetahui tentang perkahwinan mereka, dia tidak bercerita kepada media mengenai perkara itu.

Ia hanya terbongkar apabila Intan dan Ude hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 28 Februari lepas untuk menguruskan hal perceraian setelah ia difailkan Ude pada 30 November tahun lepas.

Advertisement

Intan Liana mendakwa pernah menghantar mesej kepada Izreen mengatakan dia menerima Izreen sebagai madunya dan ini diketahui oleh Ude, namun Ude tetap memfailkan perceraian dengan alasan sudah tiada hati kepada Intan Liana.

Terkini, Intan Liana yang sebelum ini menjadi suri rumah sepenuh masa telah memuat naik status mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, semangat dan bantuan dalam merealisasikan kebangkitannya disertai hashtag #bondabangkit .



Untuk makluman anda, Intan Liana kini menjadi model tudung untuk Datuk Seri Aliff Syukri, terbabit dengan penggambaran iklan serta membuat ulasan produk berbayar di Instagram, antaranya ulasan produk kosmetik.

Advertisement

Intan kini mempunyai 231,000 pengikut di Instagramnya, @__iiiintan.saleh . Majoriti pengikut memberi semangat dan sokongan kepada Intan termasuk ramai membeli produk yang disyorkan olehnya untuk membantu wanita itu.

Tahniah diucapkan kepada Intan Liana atas kebangkitannya, tidak perlu menoleh ke belakang lagi. Siapa tahu, ada sinar kebahagiaan lebih besar menanti Intan Liana selepas ini, kan? – beautifulnara.com

Sumber: @SafuraJaafar.OfficialMakeup



PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

65 Comments

  1. Pemerhati bebas

    March 16, 2018 at 6:11 am

    Muka dia mcm pelakon dulu la – shariifah norhaslinda (kakak sharifah shahirah & sakinah). Sape setuju?

    • Anonymous

      March 16, 2018 at 11:56 am

      A’ah la..tapi muka Lyn tu panjang sikit n intan ni bulat..kebykkn org muka bulat ni murah rezeki..org tua2 ckp la..

    • Ayoyo

      March 16, 2018 at 12:25 pm

      Hahaahha..patut la aku kaya raya…sebab muka aku bulat rupanya..ay

    • gong xi fa cai

      March 16, 2018 at 2:35 pm

      feng shui lah kiranya??? ….loya tekak dengar org melayu bicara ‘ong’

  2. Ritttt

    March 15, 2018 at 8:09 pm

    Dlm kes ni nmpk sgt izreen mmg nk bolot sorang somi laki ..ude si pengecut .da reti nk kawen dua xnk bgtu bni ptama bile da kantoi ko ceraikn plk bni ptama .gasak la ude sm jering kna sumpah netizen xlena tido .rezki x lekat wt naya kt org sm zuriat sndri ..

    • Anonymous

      March 16, 2018 at 6:03 am

      Biarlah si ude tua dia lelaki dia mesti tau hukum sebagai lelaki…. izreen pun begitu tahu tanggungjawab sebagai org yg bermadu… kalau laki asyik melekat dgn dia kenapa x nasihatkan pulang rmh bini lain…. ini bergembira dgn mentua dan keluarganya makam kek dan nasi ayam..

  3. Anonymous

    March 15, 2018 at 7:27 pm

    Nah ni lah contoh isteri ibu yg kuat. X mengaibkan suami, x menyerang madu, x maki hamun or meroyan kat socmed. X memerli jauh sekali nak compete dgn si jering tu. Intan bersedih pon x lama, terus die bangkit demi anak2 and diri die. U go kak!

    • Anonymous

      March 15, 2018 at 7:49 pm

      Rasanyer dh lama dia tau lki dia x ada hti pada intan. Cuma tunggu msa je lgi..pech tembelg.
      Org lelaki klau dh ada cinta lain pasti lmbt balik rmh, konon kerja lbih masa. Bila d rmh, curi2 wasap atau curi tulang.

  4. Anonymous

    March 15, 2018 at 6:15 pm

    Ashtaf muslim juga nanti terpaksa jual kuih… tak cukup jaga 2 bini 3 anak nak bergaya lagi…

  5. El

    March 15, 2018 at 5:51 pm

    Intan dan izreen sama umo 30, izreen beranak 1, intan beranak 2, tapi wajah intan lebih lembut, baby face dan keibuan, mudahan lepas ini, tetap istiqamah menjaga anak dengan baik, jaga Maruah diri dan keluarga, insyaAllah bertemu jodoh yang lebih baik dari yang sebelum ini

    • Sabri Ali @ Nick

      March 15, 2018 at 7:52 pm

      Setuju.. Bukan macam c Izreen yang kasar tu

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top