“Saya Bukan Seorang Yang Berdiam Diri..” – Syed Saddiq Dedah Ditampar Gara-Gara Pertahankan Rakan Dibuli

Trending

“Saya Bukan Seorang Yang Berdiam Diri..” – Syed Saddiq Dedah Ditampar Gara-Gara Pertahankan Rakan Dibuli

Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq sewaktu ditemubual oleh pihak media memaklumkan dirinya pernah ditampar kerana mempertahankan rakan sekolah yang menjadi mangsa buli.

Ditampar gara-gara pertahankan rakan dibuli

Menurut Syed Saddiq, dia menyaksi kejadian buli di depan matanya ketika berumur 17 tahun, iaitu sewaktu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Advertisement

Saya bukan seorang yang berdiam diri. Saya ambil tindakan sampai saya kena penampar sebab pertahankan kawan saya yang kena buli.

Dalam pada masa yang sama, Saddiq turut berkongsikan pengalamannya menjadi mangsa buli siber sewaktu bergelar wakil rakyat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Jadi mangsa buli siber, terima kecaman dengan hati terbuka

Apabila saya berhadapan cabaran di mahkamah, banyak ungkapan, video, gambar kena sebat, nampak darah. Tapi untuk diri saya, berani kerana benar.

Sedar diri seseorang yang berkecimpung dalam bidang politik, Ahli Parlimen Muar itu menerima dengan hati yang terbuka dengan segala kecaman atau kritikan yang dilontarkan oleh netizen.

Saya pun hanya merupakan yang berkhidmat, saya terpaksa terima ni. Kerana profession yang berkhidmat ni, apabila ada kuasa, walaupun sedikit dia punya skrutini pun perlu lebih tinggi. Maksudnya, perlu terimalah.

zara qairina
2025-08-17 18:06:18

"Penat Je Turun Padang Untuk Si Zara Tapi Tak Ada Bukti Yang Cukup" - 'Posting' Individu Mengenai Arwah Zara Buat Netizen Berang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...