“Saya Bukan Scam..” Lagu Purnama Trending Nombor 1 Di Youtube, Naim Daniel Tunai Janji Potong Rambut Secara ‘Live’

Hiburan

“Saya Bukan Scam..” Lagu Purnama Trending Nombor 1 Di Youtube, Naim Daniel Tunai Janji Potong Rambut Secara ‘Live’

Setelah single terbarunya berjudul Purnama trending nombor satu di saluran Youtube baru-baru ini, penyanyi Naim Daniel telah memotong rambutnya menerusi siaran langsung Instagram ‘Live’ kerana ingin mengotakan janji kepada peminat.

Lagu Purnama dikhabarkan telah menjadi trending di Youtube pada malam Rabu lalu sebelum kedudukan itu diambil oleh Cik B menerusi lagu Tolonglah. Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin telah meluahkan rasa syukur dan turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kariernya selama ini.

Advertisement

Dia yang membuat IG Live juga telah mengotakan janjinya kepada peminat sebelum ini dengan hanya memotong sedikit sahaja rambut hadapannya.

View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

“Kita kena potong rambut la ni. Jadi saya akan potong rambut ini tapi macam mana..saya tengah kuarantin tak dapat keluar. Tapi saya tetap akan potong. Janji harus ditepati. Tapi saya dengar cakap mama saja, dia kata potong sikit saja. Saya bukan scam..kan saya kata potong rambut bukan nak botakkan.”

Dia yang sering saja berseloroh dan rajin melayan peminat ketika siaran langsung itu kelihatan terhibur dan gembira kerana video klip Purnama telah mencecah lebih satu juta tontonan selepas dilancarkan pada 27 November lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    December 4, 2020 at 10:15 pm

    perasan yang amat tak padan dengan hodoh.puii

Loading...