“Saya Bukan Puan, Saya Cik” – Fazura Berseloroh Betulkan Netizen, Maklumkan Dirinya Tidak Lagi Memegang Gelaran ‘Puan’

Hiburan

“Saya Bukan Puan, Saya Cik” – Fazura Berseloroh Betulkan Netizen, Maklumkan Dirinya Tidak Lagi Memegang Gelaran ‘Puan’

Pelakon jelita, Nur Fazura membetulkan netizen yang masih menyapanya dengan gelaran ‘puan’.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin berseloroh memberitahu peminatnya bahawa dirinya kini tidak lagi memegang gelaran ‘puan’.

Advertisement

fazura

Pelakon itu sempat berkongsi perbualannya bersama seorang pelayan yang ditemuinya di sebuah restoran.

Saya bukan puan. Saya cik.

 

Semalam saya ada pergi satu restoran.

 

Selepas itu, ada pelayan tegur saya dengan gelaran puan Fazura.

 

Saya cakap bukan, saya cik Fazura.

Dalam pada itu, dia sempat memberitahu dia turut senang hati dengan gurauan kecil yang membuatkan segelintir masyarakat terhibur.

@fazura.officialstore adoii terhibur betul la setiap kali tengok Faz bergurau dalam live 😅😂🤣 #fazura #tudungfazura #fatzura ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Sekadar info tambahan, Fazura dan bekas suaminya, Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

Namun, perkahwinan mereka yang telah dibina selama tujuh tahun akhirnya terlerai dengan talak satu pada 7 Oktober.

Fazura turut memaklumkan tempoh iddahnya telah tamat pada dua minggu yang lalu.

fazura tak tolak jika dikurniakan jodoh lagi, mohon doakan yang terbaik
1 week ago

Dipuji Wajah Berseri Seperti Ingin Berkahwin, Fazura Minta Doakan Yang Terbaik - “Jika Ditakdirkan Ada Jodoh Lagi...”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...