Saya Bukan Perampas, Apa Yang Dia Marah Sangat? – Faye Kusairi

Hiburan

Saya Bukan Perampas, Apa Yang Dia Marah Sangat? – Faye Kusairi

Sejak Elly Mazlein memberitahu beliau sudah bercerai, nama Faye Kusairi sering dikaitkan sebagai punca rumah tangga pelakon itu bersama bekas suaminya Azmi Hatta musnah.

Terbaru, nama mereka menjadi bualan hangat dan perhatian orang ramai selepas Faye mendedahkan beliau kini sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama Azmi. Namun, menurut Faye mereka mula rapat hanya selepas Azmi dan Elly bercerai.

Advertisement

Berkali-kali menafikan dirinya sebagai orang ketiga didalam penceraian Elly dan Azmi, Faye akui beliau merasa bingung apabila Elly sering menyindir beliau menerusi status-status di Instagram.

Saya nak tahu juga apa yang dia (Elly) marah sangat kepada saya? Saya bukannya perampas. Saya dengan Azmi mula serius baru-baru ini sahaja. Hubungan kami masih terlalu baharu lagi. Sebab itu saya nafikan yang saya ini menjadi punca kepada perceraian mereka.

Saya masih ada otak untuk berfikir. Saya bukannya jenis yang akan kacau hal rumah tangga orang lain. Orang di luar sana mungkin boleh kata apa yang mereka mahu, menjatuhkan hukum kepada saya, tetapi perkara ini saya sendiri yang rasa.

Saya kesian pada orang yang berada di kiri dan kanan saya yang terpaksa berdepan dengan perkara ini juga terutama keluarga saya apabila orang mula bercakap yang kononnya saya ini anak jenis apa? Jenis rampas hak orang? Saya bukan perampas.

Menurut Faye, beliau tidak mahu lagi memanjangkan perkara berkenaan. Oleh itu, beliau tidak pernah membalas kenyataan yang dilakukan oleh Elly kerana ingin menjaga hati banyak pihak.

Faye akui beliau tidak kisah apa yang akan berlaku selepas ini dan terpulang pada Elly jika beliau ingin mengeluarkan lagi kenyataan lain pula selepas ini.

Saya banyak berdiam sebab saya tidak mahu cerita-cerita begini memberi kesan kepada dua orang anaknya yang lain. Mungkin yang masih bayi itu tidak mengerti apa yang berlaku, tetapi ada dua orang anak lagi yang sudah besar dan boleh berfikir. Terpulanglah dia mahu kata apa selepas ini.

Terus-terang, hendak salahkan mana-mana pihak pun tidak boleh, kerana kita sebagai peminat dan orang luar tidak mengetahui punca sebenar mereka berpisah. Namun, kalau asyik berbalas kenyataan pun tiada apa yang boleh selesai bahkan isu menjadi lebih besar bukan? Memang mudah untuk berkata-kata tetapi dalam hidup kita kadang-kadang perlu redha dengan apa yang berlaku dan move on.

Sumber Berita : Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...