Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Bukan Penipu, Demi Allah” – Azharina Perjelas Kisah Bapa Tutup Pusat Beli-Belah Sejam, Guna Beg Sekolah Mewah

azharina azhar

Selepas berkongsi mengenai kehidupan masa kecil dimanjakan oleh kedua ibu bapa yang tidak lokek berbelanja, nama penyanyi Azharina Azhar mula menjadi sebutan ramai.

Kisah mengenai bapanya yang menutup operasi pusat beli-belah selama satu jam untuk membiarkan anak-anak mebeli-belah selain dihadiahkan beg sekolah jenama Prada oleh ibunya walaubagaimanapun menerima kata-kata sinis netizen.

Advertisement

azharina azhar

Kesal dengan segelintir pihak yang mempersoalkan kenyataannya itu, penyanyi tersebut tampil dan menjelaskan bahawa cerita tersebut adalah benar dan bukan rekaan langsung.

Jelas Azharina, beg sekolah berjenama itu dibeli oleh ibunya di kedai barangan terpakai ataupun lebih dikenali sebagai ‘bundle’. Bahkan kedai tersebut dimiliki oleh mak cik saudaranya sendiri bertempat di Keningau.

“Kalau orang nak kata saya menipu dan hanya ingin menunjuk-nunjuk, saya sejujurnya tak hairan dengan barang berjenama sebab saya sendiri membesar dengannya.”

Tak cukup dengan itu, netizen juga mempertikaikan cerita bapanya meminta sebuah pusat beli-belah menghentikan operasinya kepada pengunjung selamanya sejam bagi memberikan ruang kepada anak-anak membeli barangan.

Advertisement

azharina azhar

Menurut penjelasan lanjut Azharina, adik perempuannya yang ketika itu belajar di sebuah kolej Sarawak jatuh rindu dengan keluarga di Sabah sehingga mengalami tekanan perasaan.

Bagi menceriakan adiknya itu agar tidak melakukan perkara yang tidak betul, bapa mereka telah bertindak sedemikian.

“Adik saya juga merupakan anak kesayangan ayah, jadi untuk meyakinkan dia untuk tetap tinggal di Miri dan menyambung pengajiannya, ayah buat keputusan untuk bawa kami beli-belah.”

Meskipun berasa seronok pada ketika itu, penyanyi tersebut hanya sedar mengenai tujuan sebenar ayahnya itu apabila sudah meningkat dewasa.

Sumber: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. Anonymous

    June 15, 2020 at 9:06 am

    retis sendu yg korang percayakan.. sampah

  2. Viro

    June 15, 2020 at 12:49 am

    Kalau setakat mall Billion, baik x yah citer panjang.. Aku boleh jerit API! API! Confirm semua lari keluar.. Tinggal aku sorang dlm mall tu..

  3. Anonymous

    June 14, 2020 at 4:32 pm

    Logik sangat. Ayah dia somebody. Takat tutup 1 jam apa adahal

    • Anonymous

      June 14, 2020 at 6:29 pm

      Somebody pun xsemestinye ade kuasa nak arahkan orang tutup mall. Ingat sesenang camtu je nak tutup? Tapi seriously, ayah die siape? Google takde cakap ape sangat pun. Cuma cakap family die agak kaye.

  4. Hu

    June 14, 2020 at 4:01 pm

    Dia mmg anak somebody. Bapak dia mmg ada kedudukan. Tak hairan la

  5. Anonymous

    June 14, 2020 at 3:33 pm

    Apa tujuannya? Masalahnya tak logik ayah hang boleh mintak tutup. Lain la korang shopping macam isteri ex-pm dulu, sekali beli ratus ribu, maybe even juta. Kalau takak ribu/belas ribu, tak baloi diorang nak tutup untuk korang je.

    • Anonymous

      June 15, 2020 at 2:50 am

      ape plak x logiknye.dah tentulah bapak die byr suh mall tu tutup sejam operasi.mungkin nilai bayaran bersamaan income yang mall tu boleh generate untuk sejam.sejam je bkn sehari.pastu ikut die la nak berhabis brapa ribu pun.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top