“Saya Bukan Penipu, Demi Allah” – Azharina Perjelas Kisah Bapa Tutup Pusat Beli-Belah Sejam, Guna Beg Sekolah Mewah

Hiburan

“Saya Bukan Penipu, Demi Allah” – Azharina Perjelas Kisah Bapa Tutup Pusat Beli-Belah Sejam, Guna Beg Sekolah Mewah

Selepas berkongsi mengenai kehidupan masa kecil dimanjakan oleh kedua ibu bapa yang tidak lokek berbelanja, nama penyanyi Azharina Azhar mula menjadi sebutan ramai.

Kisah mengenai bapanya yang menutup operasi pusat beli-belah selama satu jam untuk membiarkan anak-anak mebeli-belah selain dihadiahkan beg sekolah jenama Prada oleh ibunya walaubagaimanapun menerima kata-kata sinis netizen.

Advertisement

azharina azhar

Kesal dengan segelintir pihak yang mempersoalkan kenyataannya itu, penyanyi tersebut tampil dan menjelaskan bahawa cerita tersebut adalah benar dan bukan rekaan langsung.

Jelas Azharina, beg sekolah berjenama itu dibeli oleh ibunya di kedai barangan terpakai ataupun lebih dikenali sebagai ‘bundle’. Bahkan kedai tersebut dimiliki oleh mak cik saudaranya sendiri bertempat di Keningau.

“Kalau orang nak kata saya menipu dan hanya ingin menunjuk-nunjuk, saya sejujurnya tak hairan dengan barang berjenama sebab saya sendiri membesar dengannya.”

Tak cukup dengan itu, netizen juga mempertikaikan cerita bapanya meminta sebuah pusat beli-belah menghentikan operasinya kepada pengunjung selamanya sejam bagi memberikan ruang kepada anak-anak membeli barangan.

azharina azhar

Menurut penjelasan lanjut Azharina, adik perempuannya yang ketika itu belajar di sebuah kolej Sarawak jatuh rindu dengan keluarga di Sabah sehingga mengalami tekanan perasaan.

Bagi menceriakan adiknya itu agar tidak melakukan perkara yang tidak betul, bapa mereka telah bertindak sedemikian.

“Adik saya juga merupakan anak kesayangan ayah, jadi untuk meyakinkan dia untuk tetap tinggal di Miri dan menyambung pengajiannya, ayah buat keputusan untuk bawa kami beli-belah.”

Advertisement

Meskipun berasa seronok pada ketika itu, penyanyi tersebut hanya sedar mengenai tujuan sebenar ayahnya itu apabila sudah meningkat dewasa.

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

8 Comments

  1. faz

    June 17, 2020 at 7:44 am

    Penipu besar dia ni…ckp xnak kalah…patutla xpernah nak menjadi jd artis walaupon menang je memanjang

Loading...