Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Bukan Pengkid – Ardell Aryana

Pelakon baharu, Ardell Aryana yang mula dikenali menerusi drama Baby Ana Milik Siapa menafikan dakwaan beliau sebagai seorang pengkid apabila ada sesetengah pihak menggelarkan beliau sebegitu hanya kerana beliau memuat naik foto dengan penampilannya yang memakai T-Shirt dan topi.

Advertisement

Pernah satu masa saya ada muat naik gambar berbaju-T dan memakai topi terbalik. Kemudian ramai komen mendakwa saya seorang pengkid dan ramai yang kritik, membenci saya dan mereka ‘unfollow’ saya.

Padahal sebenarnya jika di luar saya seorang yang aktif dan macam tomboi sikit. Kalau keluar rumah saya lebih selesa pakai baju-t, seluar track dan selipar dan saya suka aktiviti seperti sukan kereta. Cuma, sejak terjun ke bidang lakonan, saya lebih nampak feminin sebab saya selalu bawakan karakater gadis lemah lembut.

Jelas aktres tersebut yang kini menerajui filem CCTV, beliau merasa syukur kerana belum pernah terpalit dengan sebarang kontroversi sejak berkecimpung dalam bidang seni. Beliau juga mencuba sedaya upaya untuk terlibat dengan gosip yang sudah cukup sinonim apabila memilih untuk menjadi artis.

Alhamdulillah, setakat ini belum ada apa-apa kontroversi yang mengaitkan saya. Maklumlah zaman sekarang dengan adanya media sosial macam-macam perkara cepat saja timbul tetapi saya sentiasa berhati-hati.

Bagi saya, untuk hal peribadi saya tidaklah terlalu berahsia. Jika ada perkara yang saya rasa wajar dikongsikan di Instagram saya akan kongsikan dengan peminat.

Advertisement

Tidak semestinya penampilan seorang wanita yang tidak begitu feminin dan lebih selesa untuk berpakaian santai seperti jeans dan T-shirt kita boleh terus melabelkan mereka sebagai pengkid. Kadang-kadang ada juga wanita yang tidak kisah fasal penampilan mereka asalkan ia selesa.

Sumber Berita: Malaysian Digest

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama