“Saya Bukan Pemilik Syarikat, Saya Pun Terkena..” – Suami Heliza Helmi Nafi Terlibat Skim Penipuan Pelaburan

Hiburan

“Saya Bukan Pemilik Syarikat, Saya Pun Terkena..” – Suami Heliza Helmi Nafi Terlibat Skim Penipuan Pelaburan

Ahli perniagaan dan juga suami kepada selebriti Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman menegaskan bahawa dia bukan pengendali skim penipuan pelaburan yang dikaitkan dengan sebuah syarikat.

Menurutnya, peranannya hanyalah sebagai wakil yang memperkenalkan peluang pelaburan berdasarkan maklumat serta jaminan yang diberikan oleh pihak syarikat terlibat dan turut mendedahkan dia sendiri pernah melabur lebih RM20.7 juta dalam dua entiti berkenaan antara tahun 2021 hingga 2023.

Advertisement

heliza helmi dan suami

Urusan pelaburan termasuk pembayaran dan penyerahan dokumen dilakukan secara langsung antara pelabur dan syarikat. Saya tidak pernah memegang wang pelabur atau terlibat dalam urusan kewangan mereka.

 

Saya bukan lah pengasas dan bukan pemilik syarikat, saya hanyalah perantara jambatan yang menyambungkan pelabur kepada syarikat yang saya sendiri percaya pada waktu itu.

Memetik laporan Kosmo! Online, dia turut berkata pelaburan tersebut dibuat atas dasar yakin terhadap struktur dan dokumentasi yang kelihatan sah dan meyakinkan pada ketika itu.

Kami diberi taklimat oleh pihak syarikat, lengkap dengan surat perjanjian, pengesahan penasihat syariah dan semua dokumen yang nampak teratur. Kalau tidak, saya sendiri tidak akan berani melabur sebanyak itu.

Mahadi berkata, dia kini menanggung beban rasa bersalah kerana telah memperkenalkan skim tersebut kepada ramai individu termasuk rakan dan kenalan rapatnya yang turut menjadi mangsa.

lelaki ditipu scam

gambar hiasan

Saya rasa sangat bersalah. Ramai kenal saya dan percaya kepada saya. Saya pula percaya kepada syarikat itu tapi akhirnya saya pun terkena.

 

Saya jaga nama saya selama ini. Hari ini saya dikecam, dihukum di media sosial. Tapi saya tidak akan lari. Saya akan terus beri kerjasama dan bantu pelabur dapatkan keadilan.

Difahamkan, dia telah membuat laporan polis dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan yang sedang dijalankan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Pesara Pegawai Bank Rugi RM15.1 Juta, Diperdaya Kenalan Dalam Pelaburan Saham Palsu
2 weeks ago

Pesara Pegawai Bank Rugi RM15.1 Juta, Diperdaya Kenalan Dalam Pelaburan Saham Palsu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...