Baru-baru ini, tular satu hantaran di platform X memaparkan seorang pelajar universiti yang dikenali ramai teruk dikecam susulan menjadikan insiden nahas bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai bahan gurauan.
Jadikan pelajar maut dalam nahas bas UPSI sebagai gurauan
Difahamkan dari video yang dimuat naik semula di platform media sosial tersebut, pelajar lelaki terbabit seakan-akan mahu mengatakan wajahnya dengan salah seorang pelajar yang meninggal dunia, Allahyarham Muhammad Adib seiras.
Lelaki itu konon berlakon takut dengan mengatakan dirinya masih hidup dan bukan pelajar UPSI.
Saya pelajar UiTM, bukan UPSI. Bukan saya, saya hidup lagi..
Tetapi sempat menitipkan doa buat mangsa serta keluarga mangsa sebelum mematikan video berkenaan dengan wajah yang tidak bersalah.
Netizen kecam, ada masalah mental
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen merasakan pelajar berkenaan tidak sensitif dengan insiden yang berlaku dan berharap pihak universiti tersebut mengambil tindakan keras terhadapnya.
Namun begitu, terdapat seorang individu yang mendakwa dirinya satu universiti dengan lelaki terbabit dan mengatakan pelajar itu mempunyai masalah mental.