Penyanyi Yasmin Aziz baru-baru ini tampil menjelaskan kekeliruan yang berlaku berkaitan agama yang dianuti oleh kekasihnya, Gulherme Brizolara iaitu seorang pemain bola sepak Kelantan FC.
Dalam video TikTok yang dimuat naik oleh Yasmin, kenyataannya yang mengatakan kekasihnya beragama Katolik dan bukannya Kristian adalah berdasarkan rujukan dari negara Filipina.
Kalau anda nak tahu, rujukan saya ketika buat video itu adalah orang Filipina. Dekat sana, kalau anda roman Katolik, mereka akan tulis agama sebagai Katolik dalam surat beranak. Sebagai contoh, kalau anda penganut Kristian, dalam surat beranak akan tulis Kristian.”
Yasmin turut memberitahu dia bukanlah seorang yang arif tentang agama dan memilih untuk berdiam diri daripada membuka mulut tentang perkara tersebut.
Saya ini bukan pandai sangat agama pun. Sebab itu saya lebih memilih untuk tidak bercakap tentang perkara itu.”
Sebelum ini, Yasmin Aziz pernah membuat hantaran di TikTok menjawab pertanyaan netizen tentang agama kekasihnya itu yang beragama Katolik dan bukannya Kristian.
Sehubungan entri berkenaan, rata-rata warganet memberi fakta mengatakan agama Katolik merupakan sebahagian daripada agama Kristian.
Bagaimanapun, Yasmin memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan atas kenyataan yang dibuat sebelum ini.
Saya minta maaf kalau timbul kekeliruan. Saya juga melakukan kesilapan, saya hanya manusia bestfriend.”
@yazminaziz Tak marah kalau kena tegur. Hanya penjelasan ?? #fyp #tiktokmy
Selain itu kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah: