Ekoran kontroversi tentang pernikahan anak pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania dengan suaminya, Aslam di Songkhla, Thailand, bapa tiri Marissa iaitu Muhammad Faizal Zakaria enggan mengulas apa-apa berkenaan isu tersebut.
Tidak masuk campur
Ketika dihubungi oleh sumber, Faizal berkata dirinya tidak berada dalam posisi untuk memberitahu tentang kisah pernikahan anak tirinya dengan Aslam di Thailand itu.
Saya rasa saya bukan orang yang tepat untuk menjawab persoalan tersebut.
Lebih baik tanya Norman sendiri.
View this post on Instagram
Meskipun belum ada kenyataan rasmi dari ibu bapa kandung Marrisa, menurut sumber-sumber lain, Abby dan Norman Hakim ternyata tidak setuju dengan tindakan anak gadis mereka yang bertindak untuk bernikah selepas Aslam telah rujuk dengan isteri pertamanya.
Namun begitu, pasangan pengantin baru ini tetap berkeras untuk tidak berpisah meskipun disuruh oleh ibu bapa Marrisa.
Sebelum ini, sempat kecoh di media sosial apabila Misya, isteri pertama kepada Aslam telah mendedahkan tentang kehadiran orang ketiga dalam perkahwinan dirinya dan suami iaitu Marrisa.