“Saya Bukan Nak Sindir Sesiapa, Tapi Puas Hati Ke?” – Sweet Qismina

Hiburan

“Saya Bukan Nak Sindir Sesiapa, Tapi Puas Hati Ke?” – Sweet Qismina

Pelakon Sweet Qismina meluahkan rasa hairan terhadap sikap segelintir pengguna media sosial yang gemar meninggalkan komen berunsur kebencian, khususnya menggunakan akaun tanpa identiti jelas.

Menerusi satu hantaran di Threads, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 28, mempersoalkan keberanian individu tertentu yang bebas melontarkan kata-kata pedas di sebalik akaun berprofil kosong tanpa pengikut.

Advertisement

Saya tertanya-tanya. Apa motif orang suka komen bukan-bukan tetapi gambar profil kosong, pengikut pun tiada.

Puas hati ke boleh cakap macam-macam sebab yakin orang tak kenal dia? Pernah ada trauma, dibuli atau rasa tersisih ke? Sebab cara bercakap itu mencerminkan isi hati,

Menurut pelakon filem Babah itu, luahan tersebut bukan bertujuan menyindir mana-mana individu secara khusus, sebaliknya sekadar berkongsi pandangan peribadi mengenai budaya toksik yang semakin berleluasa di media sosial.

Saya bukan nak sindir sesiapa. Cuma berkongsi pendapat tentang sikap sesetengah pengguna yang terlalu mudah melempar kata buruk.

Ada beza antara beri pendapat dan maki hamun. Tak boleh ke kalau salah ditegur elok-elok dan pihak ditegur pula terima dengan hati terbuka.

Luahan isteri kepada pelakon Adam Lee itu mendapat sokongan ramai warganet yang turut bersetuju bahawa kewujudan akaun palsu atau tanpa identiti sering menjadi punca perbualan di media sosial bertukar negatif dan tidak sihat.

Rata-rata netizen berpendapat kebebasan bersuara seharusnya disertai dengan adab serta tanggungjawab, bukan dijadikan alasan untuk menyebarkan kebencian atau menjatuhkan orang lain secara terbuka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ariff bahran
2025-12-24 12:33:31

Ditipu Penganjur Konsert, Ariff Bahran Balas Sindiran Iman Tang - "Tolong Kekalkan Rasa Hormat 'Otai Konsert'"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...