“Saya Bukan Menidakkan Rezeki Orang..” Datuk Awie Anggap Kenyataan Disalah Erti

Hiburan

“Saya Bukan Menidakkan Rezeki Orang..” Datuk Awie Anggap Kenyataan Disalah Erti

Penyanyi lagenda, Datuk Awie tampil membuat respon balas apabila kenyataannya sebelum ini telah disalah erti oleh sesetengah individu sehingga menjadi tular sebentar di media sosial.

Terdahulu, Awie telah mengulas mengenai kebanjiran artis kelahiran Youtube yang didakwanya sebagai ‘artis perompak kerana mereka tidak melalui proses yang betul untuk menjadi penyanyi sebenar.

Advertisement

“Saya sebenarnya sangat terbuka untuk menerima kelahiran artis baru dalam industri hiburan dengan mengikut cara yang betul. Saya pun dah lama dalam bidang ini dan bukan nak cari gaduh. Buat apa saya nak menidakkan rezeki mereka.”

Awie yang ditemui dalam sebuah majlis Wings Raikan Cinta Ramadan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hanya menggesa persatuan muzik untuk menyelaras dengan lebih baik serta membuat satu penilaian bagi menilai bakat-bakat baru ini sebelum tampil sebagai artis.

Seperti contoh, seseorang yang ingin bergelar artis nyanyian haruslah mempunyai lagu sendiri serta album penuh.

Bila ada lagu sendiri, mereka boleh buat persembahan dengan menyanyikan lagu mereka sendiri. Takkan setiap kali menyanyi nak menyampaikan lagu orang lain. Bila menyanyi lagu sendiri, dari situ kita boleh menilai dan nampak potensi mereka.” ujarnya lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...