Saya Bukan Menghilang – Mamat Exist

Hiburan

Saya Bukan Menghilang – Mamat Exist

Sejak program Gegar Vaganza diperkenalkan pada tahun 2014, ia telah mendapat sambutan yang cukup baik. Dua musim telah berlalu, kini pihak Astro bakal mengadakan Konsert Mega Gegar Vaganza di Istana Budaya pada 15-17 Januari ini menggabungkan peserta daripada musim pertama dan kedua.

Malangnya, pihak Astro memaklumkan mereka tidak dapat menghubungi Mamat Exist untuk sama-sama memeriahkan konsert tersebut.

Advertisement

Terbaru, Mamat telah tampil dan memberitahu beliau tidak pernah menghilangkan diri cuma nombor telefon beliau sudah tidak lagi aktif dan ia salah satu sebab mengapa beliau tidak dapat dihubungi.

Mamat juga berharap beliau masih diberikan peluang untuk turut serta dalam konsert berkenaan.

Saya bukan menghilangkan diri atau berhenti daripada menyanyi apabila ramai yang gagal menghubungi saya. Semuanya kerana nombor telefon saya tidak lagi aktif selepas tidak gunakan selama enam bulan.

Rasanya masih sempat kalau mereka panggil saya kerana ini mungkin platform terbaik saya untuk kembali aktif. Nyanyian sudah sebati dalam diri saya dan tahun ini, mungkin pertengahan tahun saya akan keluarkan single yang sudah dirakamkan, tetapi belum ada judulnya.

Mamat sebelum ini memenangi tempat ketiga pada edisi pertama dan membawa pulang wang tunai RM15,000 sebelum beliau dipenjarakan pada Mac tahun lalu kerana gagal melaporkan diri dibalai polis sepanjang tempoh pengawasan atas dakwaan memiliki dadah.

Walaubagaimanapun, beliau telah dibebaskan sekitar bulan Oktober tahun lepas dan kini tinggal bersaa keluarga beliau di Johor.

Tidak dapat dinafikan Mamat Exist mempunyai suara yang agak mantap dan masih mempunyai peminatnya tersendiri. Harapnya Mamat masih berpeluang untuk beraksi di konsert tersebut.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...