Baru-baru ini gambar percutian Iqram Dinzly dan Uqasha Senrose di Koh Lipe, Thailand sehingga timbul persoalan tentang status hubungan mereka. Pendedahan itu sememangnya mengejutkan lebih-lebih lagi sebelum ini mereka berdua menafikan mempunyai sebarang hubungan. Tambah mengejutkan ialah di dalam beberapa gambar tersebut, Uqasha tidak berhijab dan berpakaian seksi bersama adik-adiknya yang lain.
Setelah berdiam diri, akhirnya Iqram Dinzly tampil memberikan sedikit komen tentang penyebaran gambar tersebut. Enggan memberikan komen mendalam, Iqram meminta individu yang mendedahkan foto dan maklumat berhubung gal itu bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan. Kata Iqram:-
Saya minta maaf, saya hanya mampu katakan no comment mengenai gambar percutian itu dan tidak boleh beri kerjasama. Sahih atau tidak sahih, biarlah Allah menghukumnya kerana kita sebagai manusia sesama manusia seharusnya sebaik mungkin menutup aib sendiri, inikan pula aib orang lain. Saya bukan malaikat mahupun maksom kerana kita manusia sentiasa diuji dan diduga.
Saya juga berharap perkara ini tidak terus diperbesarkan. Biarlah apa pun persepsi orang, apa orang nak katakan. Andai terjatuh fitnah sekalipun, sebagai hamba Allah saya tetap memaafkan insan itu dan terima kasih kerana prihatin
Nampaknya persoalan gambar ini sahih atau palsu tidak akan terjawab dalam masa terdekat. Biarlah hanya mereka yang terbabit mengetahuinya. Adakah Uqasha Senrose juga akan tampil memberi penjelasan? Sama-samalah kita nantikan. Sumber Mstar Online.
P.S: Jom dapatkan koleksi telekung travel sejadah keluaran Telekung Story. Keistimewaan telekung ini ialah begnya yang unik. Beg boleh simpan telekung dan beg bila dibuka menjadi sejadah! Harga pun sangat berpatutan, RM49! Harga promosi hingga 20 Februari 2016 : 3 helai RM129 dan 5 helai RM199. Tempah sekarang di Facebook Telekung Story, Instagram @telekungstory atau telefon/Whatsapp 019-236-1986.