January 16th, 2012

Adira memang sedang hangat sekarang.  Hangat dengan lagu Ombak Rindu nyanyiannya dan hangat dengan cerita hubungannya dengan seorang pengkid yang bernama Zack. Malah siap ada cerita-cerita yang menyatakan punca putusnya hubungan Adira dengan Hafiz adalah kerana hubungan terlarangnya ini. Namun kaum lelaki di luar sana boleh menarik nafas lega kerana Adira menyangkal tuduhan yang mengatakan dia adalah lesbian

adira

Adira menjelaskan di dalam BiPop semalam yang hubungannya dengan Zack tidak lebih daripada sekadar kawan biasa. Malah Adira dan Zack sudah lama tidak berjumpa. Namun begitu, Adira tidak menafikan yang dia mempunyai ramai kawan daripada golongan pondan dan pengkid. Paling penting, kata-kata Adira di bawah menunjukkan yang dia ialah 100% wanita normal:-

Saya dah letih apabila orang terus bercakap saya mempunyai hubungan terlarang dengan Zack. Terus terang, selera saya masih terhadap lelaki dan mencintai lelaki, saya lurus, bukan bengkang-bengkok. Sekiranya saya keluarr dengan golongan pengkid mahupun pondan, kami tidak pernah keluar berdua, pergi melepak pun beramai-ramai.

Namun Adira tidak menafikan yang dia pernah memanggil Zack dengan gelaran “darling” yang baginya adalah panggilan biasa untuk kawan-kawan perempuan. Abang Nara pun rasa golongan wanita ini memang suka panggil member-member dengan nama sebegitu. So tak ada isu besar di situ. Jadi kepada pria-pria di luar sana, takkan anda nak buat derk je? Adira tengah single tue. Sila mengorat sekarang jugak.


70 responses to “Saya Bukan Lesbian – Adira AF”

  1. saffire lynn says:

    Mmg betul, xkan ada penkid nak mengaku diri penkid, especially les…xkan mengaku diri les…. tapi senang je kubur lain-lain….

  2. Ajwa says:

    Pada yg comment positive u guys mmg dilahirkan sebagai seorang yang bijak.. Yang comment negative.. So pity sebab minda close minded, hati sempit, dan sewaktu dengannya.. Sebelum comment sesuatu yang negative nilai diri sendiri dah cukup ke ilmu agama sebelum bercakap ttg agama pada org lain.. Semua org melakukan kesilapan.. Tak kira dia normal atau lurus mahupun abnormal atau songsang.. Yang bertudung atau perempuan tidak bertudung belum ade ikatan sah dah berpegangan tangan.. Haram.. Sudah berkahwin bercinta dengan orang lain.. Haram.. Lurus dan tidak songsang tp derhaka pada ibu bapa.. Tu dah satu dosa.. Jadi di sini kita nampak semua org melakukan dosa.. Tak kira perempuan lurus tidur bersama golongan songsang ianya tidak haram selagi tiada berlaku apa2.. Jgn fitnah atau membuat tuduhan selagi belum ada bukti.. Tetapi jika lelaki tidur bersama perempuan yg bukan isteri itu dikira haram.. Berapa ramai wanita dan lelaki skrg yg tidur bersama walaupun tidak ada ikatan yang sah.. Renungkan..Kita hanya boleh memberi pendapat.. Kita tak ada hak utk menghukum..

  3. Heran_Aku says:

    kalo pompuan ni x suke lelaki.. apsal diorang suke perempuan yg kelihatan seperti lelaki?

  4. ahanara says:

    woi nara bodoh

  5. […] lanjut: Beautifulnara artis dalam negaraAdira Af8, Artis Lesbian, Lesbian ← I’m okay. /* […]

Loading...