Pemilik syarikat perancang perkahwinan Zurin Jundi yang didakwa menipu sebelum ini berkata, pihaknya akan membayar ganti rugi kepada pelanggan yang tidak mendapat perkhidmatan memuaskan.
Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar, peguam yang mewakili pemilik syarikat itu berkata pihaknya juga bersedia berdepan dan berbincang dengan 91 bakal pengantin yang membuat laporan polis terhadap syarikat itu.
Bagaimanapun, anak guamnya, Zurina Ahmad Jundi, 35, akan membayar ganti rugi itu secara berperingkat-peringkat berikutan pihaknya masih membuat kiraan sebenar untuk tujuan itu.
“Kepada 91 pelanggan itu, mereka boleh berbincang dengan pihak Zurin Jundi sama ada mahu meneruskan khidmat kami atau mengambil semula deposit mereka.”
“Daripada sejumlah pelanggan yang membuat laporan polis, hanya kira-kira 10 pelanggan sahaja yang mahu mengambil deposit dan selebihnya mahu menggunakan khidmat Zurin Jundi selepas mendengar penjelasan,”
Akmal Arif turut mendakwa perniagaan anak guamnya itu disabotaj oleh beberapa individu hingga menyebabkan perkara itu menjadi viral di laman sosial media.
Katanya, individu berkenaan juga dikesan menyeleweng wang syarikat, sekali gus menyebabkan beberapa majlis pelanggan terjejas.
“Pihak kami akan mengambil tindakan saman terhadap individu berkenaan, malah mereka yang bertanggungjawab memviralkan isu ini akan turut didakwa.”
“Semua yang berurusan dengan Zurin Jundi boleh menghubungi pemiliknya sendiri 24 jam selepas sidang media ini selesai,” katanya.
Berhubung isu pelamin yang dikatakan seperti reban ayam, Akmal Arif berkata, isu berkenaan tidak timbul kerana pelamin berkenaan sudah dipersetujui oleh pengantin.
Katanya, pengantin terbabit mengambil pakej berharga RM10,000, termasuk makanan untuk 1,000 tetamu, pelamin, meja makan beradab, baju pengantin, pintu gerbang, karpet merah serta solekan.
“Ada yang tidak berpuas hati dengan pelamin itu kerana menganggap pelamin ditempah berharga RM10,000 sedangkan jumlah itu termasuk pakej semuanya,” katanya.
Minggu lalu, tular satu video berdurasi dua minit 14 saat berkenaan premis perancang perkahwinan di Shah Alam, diserbu kira-kira 100 individu yang menjadi mangsa penipuan pakej perkahwinan menjadi viral di media sosial.
Walaubagaimana pun, pihak kami mendapati video itu telah di padam.
Kejadian berlaku disebabkan mangsa mahu menuntut penjelasan daripada pemilik syarikat terbabit yang tidak menepati seperti yang ditawarkan dalam pakej sehingga mengakibatkan kerugian ribuan ringgit.
Sumber : Berita Harian