Written by AbangNara | April 17th, 2012

Walaupun ramai pihak yang menunding jari kepada Aidil sebagai punca penceraian dengan Rita Rudaini baru-baru ini, namun ada segelintir pihak yang mendakwa Rita Rudaini menjadi punca perceraian apabila dia dikatakan seorang keras kepala kerana lewat menghulurkan salam kemaafan kepada keluarga mentua.

rita rudaini baru

Bercakap kepada wartawan Utusan Malaysia, Rita pantas menafikan yang dia merupakan seorang kepala batu. Kata Rita:-

Beritahu saya, keras kepala dari segi apa? Saya dan keluarga mentua dah berjumpa, dah minta maaf dan buang semua yang keruh dan ambil yang jernih. Dah selesai semua. Saya akui pernah berjumpa (keluarga mentua) masa mengandungkan anak (kedua) saya tujuh bulan. Dan masa saya melahirkan anak pun, mak mentua saya ada di hospital. Jadi kenapa kata saya keras kepala?

Ditanya sama ada wujud gangguan daripada keluarga mentua sehingga terjadinya penceraian, Rita berkata:-

Saya tak nak cakap apa-apa. Hanya Tuhan yang tahu segalanya dan boleh balas semuanya. Kebenaran bagi saya akan terbukti jua dan Tuhan tak akan tutup keburukan itu terlalu lama

Rita juga menyatakan yang dia tidak kesal dengan penceraian kali kedua ini:-

Tentu sekali tidak. Saya perlukan lelaki yang tegas untuk melindungi saya dan anak-anak. Walau apa pun yang terjadi atau masalah yang timbul, saya nak lelaki matang, tegas dan tak lari daripada masalah. Tapi bila ada benda terjadi (perselisihan), saya dan anak ditinggalkan. Seorang suami kena kuat, tapi kenapa saya pula yang jadi mummy dan daddy buat anak-anak saya (bila ditinggalkan). Padahal, semua isteri perlukan perlindungan, kasih sayang daripada seorang suami dan bapa pada anak-anak.

Ditanya adakah tiada perasaan cinta dan rasa mahu mempertahankan mahligai rumah tangganya daripada hancur, Rita berkata:-

Apa yang saya boleh cakap, mungkin bahagia itu ada, tapi boleh dikira dengan jari, tapi saya bertahan sebab saya nak yang terbaik, bukan untuk saya tetapi untuk anak-anak. Kalau benar perceraian itu adalah takdir hidup saya, saya reda, bersyukur dan tak nak menyesal. Terima kasih atas segala-galanya buat Aidil, beri saya dua cahaya mata. Saya tak nak bersedih sebab sampai sekarang anak-anak masih di sisi dan merekalah kekuatan dan kebahagiaan saya. Saya nak anak-anak lebih bahagia dan tiada lagi masalah seperti sebelum ini sebab mereka adalah tumpuan saya. Saya nak cari rezeki dan besarkan anak-anak dan saya berdoa tak ada siapa boleh pisahkan saya dengan anak-anak. Hanya Tuhan saja boleh pisahkan kami dan saya tak nak menangisi masa silam sebab saya susah nak menangis dan tak suka menangis,

Apa pun Abang Nara respek apabila mendengar kata-kata Rita yang tampak yakin menempuh kehidupan sebagai seorang ibu tunggal bersama 2 orang anaknya:-

Alhamdulillah, saya masih boleh bertahan sejak hari pertama berkahwin sampai ke hari ini. Jujurnya, saya berkahwin sebab rasa cinta, bukan sebab harta. Saya bukan jenis memilih duit, tapi bila dah berkahwin dan jadi begini saya sedih. Duit boleh dicari tapi kasih sayang tidak boleh dijual beli

Semoga episod duka ini dapat dipadamkan dengan segera di dalam memori Rita sekaligus dapat hidup bahagia di samping anak-anak yang tercinta. Kredit berita Utusan Malaysia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

269 responses to Saya Bukan Kepala Batu – Rita Rudaini

  1. lynn says:

    Bagus rita, jgn mengalah, anda kuat. Buat ape nk tgu lelaki mcm aidil tuh, telor tkde. mcm pondan. asyik nk lari dr masalah jer. anak bini tkmo jenguk, well actually dia tkde hak nk bersuara sbb dia mmg tk matang, tk layak jadi ketua keluarga. pegilah ke keluarga ko aidil, anak mak sangat. buat ape ko kawin? nak dera anak org and anak ko?? bodoh punya org. aku tk kisahlah org nk hentam aku ke hape, tp mmg tk boleh blah tgk org mcm nih, bodoh punya org. semoga rezeki rita bertambah untuk menyara anak2 dia. aku tau si aidil nih mst tak bg nafkah. dasar lelaki dayus.

  2. no komen says:

    Aidil…………….sayangilah isteri dan anak,anak,anak…mohon petunjuk dari Allah… Tak guna muka hensem tapi hati tak ensem….hihihii

  3. mas Joko says:

    Woi Aidid, ko umur 40 tahun baru boleh kawin.
    Langsung tak matang!
    Tinggal bini, tinggal anak, cerai guna SMS..
    Pebenda ni wei..

    Malang sapa dapat ko ni.
    dulu sanggup ikut kawin lari.
    Skang pengecut plak ke…?

  4. hantu says:

    kembar ni memg prangai mcm bangkai..malu aku dpt ank mcm kembar ni…hormati n lindungilah kaum hawa….

  5. mentor says:

    semoga zaquan n rodoh dpt ank yg x comel….

  6. timahtimun says:

    aidil yg x berapa cerdik…pegi mampos la

  7. caliph says:

    saya x tau,cerita yg sy dgr ni betul atau x.tapi bile saya pK2 balik,ade btolnye.

    Ade yg ckp,rita kawen dgn aidil,tnpa aidil sedar .means,rita bomohkan aidil (sahih atau x,rita n Allah je yg tahu ).mereka berkahwin di thailand kan ?

    mungkin sbb tu,smpy skang,family aidil x boleh terima rita.and dikhabarkan,rita garang dgn anak2.

    kalau saya jadi aidil,sy pun jd benci dgn ape yg rita buat ..

    dan saya pasti,family aidil benci rita,msty bersebab.tak kan,saje2 nk benci.

    semua ni,cuma rita and aidil yg boleh jwb

    • Sengal says:

      perkahwinan ayu rodok ngan kembar die ape lak cerita…ko x korek ke…aku rs si rodok tu bomoh 1 family si kembar 2 smp smua suka dia…even muka dia tebal mekap mcm tempek tanah liat 4 tingkat….ko rs x ape aku rs…nape fmily dia suka sgt kat rodok tu…padahal aku tgk gediks die lebih dr cacing tanah…cecube ko siasat….

      ~~ayu rodok jage2..ade yg memerhati…kahkahkahkah

      • Anonymous says:

        oooo rita garang ngan anak2, patutla rita xsayang anak2 dia. bawak sana-sini, dukung, anak kecik bagi susu, anak sulung pun bagi susu, patutla rayyan xsuka tgk muka ayah dia sebab rita garang, patutla aidil lari tinggalkan anak2 dan rita sebab dia risaukan anak2 sebab rita garang. itu alasannya. kena bomoh, abis dia bercinta dgn rita selama ini dia xder niat nak kawen la yer, padanla muka kalo betul kena bomoh. pastu bila dia sedar? lepas anak 2 baru sedar, lepas sedar akhir2 ini prestasi sbg pemain bola pun merudum, masa baik2 ngan rita okei jer prestasi, patut masa xsedar la longlai. atau skang baru kena bomoh ngan famili dia pastu bomoh famili tu la kot yg cakap rita bomohkan aidil masa kawen dulu. kalau rita tu nak bomoh sgt, baikla dia bomoh kan rhuduh n zaquan

    • jojo says:

      caliph…..tp aku dgar lain pulok versinye…ko nak tau dgar citer pamily aidil ni g jmpa bomoh nk pisahkan aidil n rita ni…aku terkejut jugak..x sangka pamily aidil ni busuk2 belaka…patot la aku lalu dpn umah diaorg aritu,bau busuk btul…memg sah la…btul ni…so aku pun gelarkan pamily aidil pamily busuk…buekkkkkkkk…

      • Anonymous says:

        yg aku pelik, kenapa rita bomoh husband dia spy tinggalkan dia ngan anak2, org lain bomoh, husband makin lekat ngan bini. lawakla ko CALIPH

    • kapak besi says:

      CALIPH
      woitttt ko nie kaum kerabat kembar giler tu kan.pesan ke kembar tu,kalo dh bebal tu bebal jugak.nk kawin tp x reti tgunjwb.lain kali nk test kawin,try la test beruk dlm utan tu.baru sesuaiiiiii…………

  8. sombong..:) says:

    bersabar la kak rita menempuhi segala dugaan…pasti ada hikmah di sebalik semua ini.kami sokong kak rita…all the best…kak rita kena cari laki yang berani bukan pengecut mcm jantan tue..!!!!!!!!!!l

  9. jepun says:

    anak rodoh n zaquan nant msti huduh2 belaka…ryan sgt ensem…arjuna sgt comel….i luv ryan n arjuna…

  10. peacenowar says:

    semua yg berlaku mmg ada hikmahnya.bersabar sajalah rita.mmg jodoh dah tak pjg.mmg dah x guna menyesal sb semua dah terjadi.biarlah apa org lain nk kata.klu u salah, x salah klu minta maaf walaupun bkn utk meraih simpati.tapi kalau org lain yg salah,ampunkanlah dia kerana itulah yg terbaik utk kebahagiaan dirimu.memaafkan org yg berslh terhdap kita adalah perkara yg terbaik dlm hidup kita kerana disitulah kebahagiaan yg sebenar.sb Tuhan yg menghakimi manusia.klu kmu memaafkan org yg berslh terhdp kmu,percayalah Tuhan akan memberikan yg terbaik buat kamu & anak2.bersabar dan ingatlah pada Tuhan. Tuhan itu adil dan penyayang..sayangilah mereka yg membenci & bersalah terhadap kamu kerana Tuhan akan sentiasa mengadili manusia. klu kmu jga membenci org yg bencikan kamu, tiada bezanya kmu dgn org itu…PEACE!!!