Diharap dengan penjelasan daripada Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali dengan nama Leuniey ini, tidak ada lagi suara-suara yang mengaitkan gagalnya pertunangannya dengan Apek. Leuniey kelmarin semasa satu sidang media di butiknya dengan tegas menafikan yang Apek menjadi punca putusnya pertunangan.
Kata Leuniey:-
Saya terima berita ini (putus tunang) sebagai satu dugaan, mungkin telah tersurat jodoh kami telah tiada. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga bekas tunang saya itu. Kedua-dua pihak menerima keputusan ini dengan sebaiknya. Saya ingin tegaskan perkara ini tidak ada kena mengena dengan Apek.
Nampaknya semua orang yang terlibat dalam kontroversi ini sudah pun mengeluarkan kenyataan masing-masing. Namun persoalannya, siapakah manusia sebenar di sebalik Twitter Mahsi2? Abang Nara baca tweet-tweet Mahsi2 dan dapat agak dia adalah seorang yang rapat dengan Leuniey kerana info yang diberikan agak tepat. Rasanya sudah tiba masa untuk Mahsi2 tampil ke hadapan untuk membuktikan tuduhannya adalah benar. Itupun kalau beranilah. Heheheh ~~