“Saya Bukan Jenis Menggedik, Lelaki Nak Mengorat Saya Tak Bagi Muka” – Sherry Ibrahim Tak Kisah Hidup Solo

Hiburan

“Saya Bukan Jenis Menggedik, Lelaki Nak Mengorat Saya Tak Bagi Muka” – Sherry Ibrahim Tak Kisah Hidup Solo

Hampir dua dekad dalam industri hiburan, nama Sherry Ibrahim terus bertahan dengan aura tersendiri. Walaupun jarang muncul di kaca TV, pesona pelakon ini tetap tidak pudar di mata peminat setianya.

Dalam satu sesi temu bual bersama HibGlam, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, tampil mesra dan tenang menjawab setiap pertanyaan  termasuk soalan berkaitan kehidupan peribadi.

Advertisement

Wajahnya yang ceria dan penuh aura positif membuatkan ramai tertanya-tanya, adakah kebahagiaan yang terpancar itu hasil hadirnya seseorang yang istimewa dalam hidupnya.

Sherry bagaimanapun menjelaskan, kebahagiaan seorang wanita tidak semestinya datang daripada cinta seorang lelaki.

Tak semestinya kebahagiaan tu datang daripada cinta sahaja. Banyak perkara lain yang buat saya tenang dan bahagia. Alhamdulillah, saya gembira. Dua tahun lalu, saya pernah berada di titik terendah. Tapi sekarang banyak perkara sudah selesai dan Allah mudahkan. Saya pun dah naik berat badan sikit. Itu tandanya saya okey dan stabil.

Bagi bekas pramugari ini, hidup sebagai wanita solo tidak menghalangnya daripada merasa bahagia atas kaki sendiri.

Tipulah kalau saya cakap tak ada lelaki yang cuba mendekati. Tapi saya sangat berhati-hati, perlu selektif. Dengan kegagalan lalu, memang saya trauma… nak percaya orang pun susah.

Saya jenis mudah mesra, tapi sukar untuk didekati. Lelaki nak mengurat pun, saya tak bagi muka. Tak kisah siapa pun. Saya pula bukan jenis menggedik. Hidup mengajar saya untuk lebih waspada.

Dengan ketenangan yang terpancar dan keyakinan yang makin kukuh, jelas Sherry kini lebih bahagia dan stabil, bukan kerana siapa yang hadir, tetapi kerana dirinya sendiri yang memilih untuk terus kuat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mawar karim fizo omar
46 mins ago

Anak Bersama Mawar Karim Didakwa Disisihkan, Fizo Omar Tampil Beri Respon - "Saya Tak Nak.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...