Saya Bukan Jenis Lelaki Yang Mengharapkan Duit Perempuan – Zul Ariffin

Hiburan

Saya Bukan Jenis Lelaki Yang Mengharapkan Duit Perempuan – Zul Ariffin

Zul Ariffin, pelakon filem Sangkar yang kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia ini memaklumkan yang dia kini sedang berusaha untuk memastikan keadaan kewangannya stabil sebelum mendirikan rumahtangga. Bab ini Abang Nara nak bagi thumbs up kepada Zul. Sebagai seorang lelaki, Zul Ariffin menyedari bahawa dia bertanggungjawab untuk menyediakan segala kelengkapan rumah buat isteri dengan duit sendiri.

zul ariffin
Bukan bab kewangan sahaja, Zul Ariffin juga memaklumkan yang dia sedang melakukan perubahan diri untuk berubah menjadi baik, selaku bakal seorang ketua keluarga. Abang Nara respek dengan tekad pelakon ini. Bukan senang nak cari lelaki Melayu yang mempunyai kesedaran sebegini. Tipikal suami melayu yang Abang Nara baca di KRT selalunya duit nafkah pun tak bagi, siap pau duit isteri lagi untuk hidup hari-hari. Memang menyedihkan.

Advertisement

Saya tidak mahu pasangan teraniaya jika saya masih terbawa-bawa dengan perangai lama. Begitu juga dalam soal lakonan, saya perlu lebih selektif bagi menghormati perasaan pasangan. Banyak pengorbanan perlu saya lakukan sebagai persediaan menjadi suami.

Saya bukan jenis lelaki yang mengharapkan duit perempuan. Kalau boleh, saya mahu menyediakan kelengkapan rumah tangga dengan duit sendiri. Jadi, segala persediaan saya lakukan dari sekarang.

zul ariffin
Apa yang lebih mengujakan ialah apabila Zul Ariffin memaklumkan yang identiti bakal isterinya itu bakal mengejutkan orang ramai. Fuh!!! Adakah dia seorang artis luar negara? Adakah dia popular di laman sosial? Mungkinkah identitinya kita sudah ketahui cuma tak tahu yang dia adalah bakal isteri Zul Ariffin? Banyaknya persoalan yang perlu dirungkaikan.

Siapa gerangan bakal isteri, saya akan beritahu kelak. Tidak perlu berteka-teki kerana tiba masa saya akan perkenalkan kepada semua. Apa yang dapat dikatakan, gadis istimewa ini akan mengejutkan ramai.

Saya pandang tinggi soal perkahwinan dan mahu melangkah ke alam rumah tangga dengan penuh rasa tanggungjawab. Jadi, saya harus perbetulkan diri, termasuk menjauhi perkara yang tidak enak pada pandangan mata

zul ariffin

Sedikit nasihat buat Zul Ariffin dan para jejaka yang ingin berkahwin kelak, sesungguhnya alam perkahwinan adalah satu alam yang banyak rintangan, cabaran dan dugaan yang tak dijangka-jangka. Sebagai seorang lelaki, kita kena banyak bertolak ansur, memahami dan merendahkan ego. Bukan bermakna kita lemah, cuma kalau kita sayangkan isteri, tak perlulah benda-benda kecil pun nak gaduh. Yang penting, jangan sibuk nak menang dalam semua perkara. Tak ada apa yang rugi pun jika kita mengalah kepada si isteri tercinta. Tak gitu? Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...