Saya Bukan Jenis Kaki Sailang – Kamal Adli

Hiburan

Saya Bukan Jenis Kaki Sailang – Kamal Adli

Untuk ada yang tidak tahu, sailang bermakna merampas awek member baik kita lebih-lebih lagi selepas kita baru beberapa hari clash dengan buah hati. Sailang adalah perkara yang paling dibenci oleh mana-mana jejaka. Lebih-lebih lagi bila member baik tersebut memang best friend. Memang boleh putus sahabat dan tak bertegur sapa sampai forever. Dalam episod cinta Emma Maembong, Zizan Razak dan Kamal Adli, peng’sailang’an tersebut tidak terjadi kerana antara Emma dan Kamal, memang tiada sebarang hubungan istimewa.

kamal adli zizan emma

Advertisement

Kata Kamal Adli:-

Ramai peminat yang marah pada saya. Sedangkan saya telahpun jelaskan yang saya tidak pernah bawa Emma berjumpa keluarga saya. Lagipun, belum ada sebab kukuh untuk saya bawa Emma jumpa mereka. Saya bukan jenis ‘kaki sailang’. Saya memang berkawan dengan Emma malah saya juga berkawan dengan Zizan tetapi hubungan saya dan Emma rapat sejak kami berlakon drama Syurga Tanpa Cinta.

Sewaktu itu kami sering berkongsi cerita tentang hal kami dengan pasangan masing-masing. Namun, apabila dia lalui perkara itu (putus cinta), saya faham situasi dan perasaannya sebab saya pun lebih dulu lalui benda yang sama. Kami masing-masing saling beri semangat atas apa yang kami lalui. Itu yang buatkan kami jadi lagi selesa berkawan.

Saya hanya berkawan dan tidak sampai ke tahap nak minta hubungan ini sebagai pasangan kekasih. Saya tidaklah terdesak sampai macam itu sekali. Saya kasihan dengan dia (Emma). Sejak dia ‘declare’ tentang hal (putus cinta) itu, dia juga dapat banyak kritikan daripada peminat. Saya nasihatkan dia supaya banyak bersabar kerana orang lain tidak tahu dan faham apa cerita sebenarnya.

kamal adli zizan emma

Abang Nara percaya pasti ada pembaca BeautifulNara yang pernah disailang atau menjadi penyailang kepada kawan baik mereka sendiri. Mungkin ada yang dah selamat berkahwin pun. Selalunya orang yang menyailang akan menyalahkan kawan mereka sendiri kerana tidak pandai menjaga awek. Ia selalunya bermula dengan menjadi tempat luahan masalah dan akhirnya bibit percintaan timbul. Itulah yang sering berlaku. Apa kata anda? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen. Sumber MalaysianDigest.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...