“Saya Bukan Gila Talak Dan Terhegeh-Hegeh Mahukan Aidil Kembali..” – Rita Rudaini

Hiburan

“Saya Bukan Gila Talak Dan Terhegeh-Hegeh Mahukan Aidil Kembali..” – Rita Rudaini

Jika sebelum ini pelakon wanita terkenal, Rita Rudaini dihimpit dengan beberapa isu melibatkan nafkah anak-anak bersama dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak, kali ini aktres tersebut tampil menafikan sekerasnya mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia kini ‘gila talak’ dan ‘terhegeh-hegeh’ untuk kembali bersama dengan bekas suaminya itu.

Rita RudainiSumber : Instagram Rita Rudaini  

Manakan tidaknya, meskipun sudah hampir lapan tahun berpisah, kisah pertelagahan antara Rita dan Aidil seolah-olah tiada berpenghujung. Terbaru, Rita kembali membangkitan soal nafkah apabila dia tidak berpuas hati dengan tindakan Aidil memuat naik sebuah hantaran di media sosial, baru-baru ini.

Advertisement

Malah, Rita juga dituduh tidak mengizinkan bekas suaminya itu bertemu dengan dua anak hasil perkongsian hidup antara mereka sebelum ini. Enggan mendiamkan diri dengan fitnah seperti itu, Rita tampil membongkarkan semula kisah Aidil yang dibenarkan tidur bersama anak-anak di rumahnya selama seminggu sebelum bekas suaminya itu bernikah baru.

Namun begitu,setelah pendedahan demi pendedahan dibuat, Rita menerima tempias kritikan netizen yang mengatakan dirinya masih lagi tidak dapat melupakan Aidil atau dengan kata lain , ‘gila talak’ kerana tindakannya mengungkit kisah silam apatah lagi Aidil yang kini sudah beristeri dan berkeluarga.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Rita yang ditemui media menjelaskan bahawa kisahnya dengan Aidil tidak akan berakhir selagi dirinya tidak berkahwin kerana ada saja insan di luar sana yang berasa tidak selamat dengan ‘janda hot’ seperti dia.

Tambah Rita lagi, dia sama sekali tidak mempunyai hati kepada Aidil malah pintu hatinya juga tertutup kemas untuk menerima cinta daripada lelaki lain. Ini kerana fokus utama kehidupan Rita kini hanyalah untuk dua hero yang sentiasa berada di sisinya, Airit Rayyan Rizqin,12, dan Airit Qaqa Arjuna,10.

“Saya tak terhegeh-hegeh mahukan Aidil kembali. Ketika di sebelah sana terhegeh-hegeh dengan suami saya, tidak pernah pula saya menyerangnya. Usahlah takut, umur saya pun dah 45 tahun. Perasaan nak kembali bercinta sudah lama mati. Nasihat saya, jagalah penampilan supaya suami tidak pandang wanita lain.:

Kata pelakon drama terkenal Kutub Utara Kutub Selatan ini lagi, dia sering memikirkan kenapa masih ada orang yang berasa terancam ataupun ‘insecure’ dengan kehadiran dirinya kerana bagi Rita, dia tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain setakat ini.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

“Jauh di sudut hati, saya terfikir apa lagi mereka tak puas hati. Macam-macam tuduh saya, kononnya saya bawa lari Aidil dan sebagainya. Sampai bila mahu berdendam,sedangkan saya tidak kacau hidup orang. Saya seorang diri membesarkan anak tanpa suami, jadi janganlah rasa insecure dengan saya.”

Ketika ditanyakan mengenai isu lepas berkaitan hal nafkah anak-anak,  Rita meminta mereka di luar sana agar tidak mempersoalkan gaya hidup dan kehidupan dia dan anak-anak. Tambahnya lagi, duit nafkah yang dipinta adalah apa yang sudah dipersetujui di antara dia dan Aidil ketika di Mahkamah Syariah.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

“Alhamdullilah, anak besar dalam keadaan elok. Soal saya menghantar anak ke sekolah mahal dan sebagainya, janganlah sibuk kerana ia duit hasil titik peluh saya. Hendak diikutkan nafkah RM3,000 diberikan tidaklah besar mana kerana RM1,500 untuk tempat perlindungan selebihnya keperluan lain. Jadi fikirlah cukup atau tidak nafkah yang diberikan..” – RIta Rudaini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...