“Saya Bukan Gila ‘Like” – Gara-Gara ‘Posting’ Instagram, Nam Ron Disiasat Polis

Hiburan

“Saya Bukan Gila ‘Like” – Gara-Gara ‘Posting’ Instagram, Nam Ron Disiasat Polis

Pelakon dan pengarah terkenal, Nam Ron akui terkejut apabila pertama kali sepanjang tiga dekad bergelar pelakon, dia dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang gara-gara salah satu hantaran yang dimuat naik dalam akaun Instagram miliknya.

Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan berkata, dia telah disiasat bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas seorang individu melaporkan satu hantaran di Instagramnya.

Advertisement

Menurut Nam Ron, 53, dia hanya berkongsi tentang sebuah poster dalam hantaran berkenaan kerana merasakan ada mesej yang baik.

Saya tak buat sebarang ancaman dan hasutan serta saya bukan orang yang gila like apabila memuat naik posting dalam media sosial.

Jelas pengarah One Two Jaga itu, mungkin orang melaporkan dirinya ke pihak polis ada isu tidak berpuas hati dengan dirinya.

Buat apa hendak kejar like atau follower, benda tu tak penting sebab kebanyakan posting saya sekadar suka-suka ataupun parodi terhadap sesuatu isu.

Dalam pada itu, Nam Ron berkata walaupun dia dilaporkan kepada pihak polis, dia tidak gentar kerana tidak melakukan sebarang kesalahan serta tetap akan menjadi diri sendiri setiap kali memuat naik hantaran di media sosial.

11 bulan lalu

"Jangan Bercakap Pasal Allah Dengan Gambar Separuh Boleh Begini" - Netizen 'Sound' Nam Ron

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    February 3, 2022 at 11:45 am

    Anda seorang pelakon yg bagus dan berbakat,jangan sia-siakan kelebihan yg ada dgn perkara yg mungkin boleh mendatangkan fitnah terhadap diri anda,saya tahu anda tidak bermaksud tak baik tapi dgn memuatnaik gambar sedemikian,banyak tanggapan buruk orang terhadap anda,berhati2 bila berkata2 dalam media sosial kerana ia boleh menimbulkan fitnah,jangan calarkan anugerah bakat yg ada dgn perkara yg benda2 yg sebegini,buktikan yg anda boleh berjaya sebarang tanpa kontroversi insyallah….kebenaran dan rezeki akan datang kepada anda.

  2. Anonymous

    January 31, 2022 at 8:47 pm

    hilang respek tengok perangai dah tua mcm ni

  3. Cik man

    January 29, 2022 at 1:27 pm

    Dia ni nak berhijrah ikut sajat ke? Jadik pelarian unicef. Macam2 perangai

Loading...