“Saya Bukan Diva” – Tak Kisah Makan Makanan Di Tepi Jalan, Safiey Illias Akui Bagi Duit Lebih Kepada Peniaga Kecil

Hiburan

“Saya Bukan Diva” – Tak Kisah Makan Makanan Di Tepi Jalan, Safiey Illias Akui Bagi Duit Lebih Kepada Peniaga Kecil

Mendedahkan dirinya langsung tidak kisah untuk makan atau membeli makanan daripada peniaga kecil di tepi jalan, usahawan penuh kontroversi, Safiey Illias akui sudah terbiasa dengan perkara seperti itu kerana beliau juga berasal daripada keluarga yang susah.

ak Kisah Makan Makanan Di Tepi Jalan, Safiey Illias Akui Bagi Duit Lebih Kepada Peniaga Kecil

Advertisement

Malah Safiey juga turut menyatakan dirinya langsung tidak menerapkan sifat belagak atau “Diva” dalam setiap perbuatan yang dilakukan.

https://www.instagram.com/p/CDuhaaCnx2z/?utm_source=ig_embed

“Saya orang biasa lahir daripada keluarga susah. Jadi saya okey je makan atau beli makanan dekat gerai. Saya ratu semesta alam, saya bukan diva. Gitu.”

Lebih menarik, safiey juga tidak terlepas mendedahkan antara salah satu punca rezekinya tidak pernah putus adalah berkongsi dengan orang lain terutama pada waktu pagi.

ak Kisah Makan Makanan Di Tepi Jalan, Safiey Illias Akui Bagi Duit Lebih Kepada Peniaga Kecil

“Tadi saya kasi lebih duit dekat akak ni, kongsi rezeki . Lagi-lagi waktu pagi, mencurah-curah rezeki tau. Bukan nak riak cuma tu tips dan cara saya menjala rezeki. Yang penting tak kosong akak ni.

Pelantun lagu Syinta Gila itu bagaimanapun turut menyeru orang ramai supaya jangan berlagak dalam hidup. Hal ini kerana, beliau yang berjaya kini juga langsung tidak pernah melupakan asal usulnya.

ak Kisah Makan Makanan Di Tepi Jalan, Safiey Illias Akui Bagi Duit Lebih Kepada Peniaga Kecil

“Jadi pada semua wira-wira papan kekunci, jangan diva sangat lah hidup ni. Ingat ja asal usul. Kalau kad pengenalan tu dah tulis lahir dekat Felda , Felda jugak lah. Kalau dah tulis lahir dekat Chini, Chini jugak lah.”

Terdahulu, Safiey dilihat sering tampil berkongsi kata-kata semangat untuk bangkit daripada kesilapan andai mahu berjaya dalam perniagaan. Jutawan kosmetik itu juga dikhabarakn sehingga kini tidak pernah lokek berkongsi ilmu tentang pernigaaan di laman Instagram miliknya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...