January 29th, 2018

Pernah beberapa kali menegur pelakon baharu dari segi lakonan mereka, ada yang mula menganggap pelakon serba boleh, Nabila Huda sebenarnya cemburu ataupun dengki dengan kemunculan artis baharu yang ada antaranya lebih popular berbanding beliau.

Tidak mahu ramai terus salah faham, Nabila sebagai pelakon yang sudah mempunyai banyak pengalaman tidak mahu melihat industri lakonan tanah air terus merundum jika sesetengah penerbit lebih mengutamakan paras rupa artis dan jumlah “followers” di media sosial untuk diberikan watak utama dalam sesebuah drama mahupun filem.

Advertisement

Saya lihat terlalu mudah menjadi pelakon sekarang sehingga kita sanggup membelakangkan kualiti kerja. Saya tidak iri hati atau cemburu, malah tidak kisah. Tetapi, sampai bila industri mahu mempertaruhkan pelakon cantik atau kacak semata-mata. Kita kena didik penonton supaya faham apa itu bakat. Seseorang pelakon perlu ukur keupayaan diri.

Abil juga berharap pelakon baharu tidak perlu terlalu bergantung dengan pelakon senior dan berusaha untuk memperbaiki mutu lakonan mereka. Malah, mereka juga harus komited dalam kerjaya mereka dan tidak menyusahkan orang lain.

Apa arah pelakon baharu ini dalam industri? Sikap sambil lewa mereka membuatkan penggambaran jadi lambat. Ada pelakon berpengalaman terpaksa mengawal lakonan kerana tidak mahu membayangi pelakon baharu. Bagaimana kami ingin membawa sesuatu watak dengan baik jika lawan tidak memberi?

Mungkin apa yang dikatakan oleh Abil itu ada betulnya. Populariti dan sebanyak mana pun jumlah “followers” seseorang artis itu ada di media sosial, ia tidak bermakna mereka mempunyai bakat ataupun hasil kerja yang berkualiti. Apa pula pendapat anda tentang isu ini?

Sumber Berita : Berita Harian

Advertisement

43 responses to “Saya Bukan Dengki Tapi Sampai Bila Industri Mahu Pelakon Berdasarkan Paras Rupa Sahaja? – Nabila Huda”

  1. azwan ali says:

    Abestu takkan nak amek ko kalo watak citer korea..satu badan kulit hitam legam..ko sesuai la watak mak2 tepi longkang..at least plakon baru sedap mata memandang, putih seleput bibir mulus..kite tgk pon ghairah..slow2 built up character kate untasha senroze

  2. org muda nak tgk org lame says:

    paling bestttt ambiklah veteran2 otai berlakon semua , macam normah damanhuri, abg jalal jadi couple ker..cubelah cubelahhh, abg eman manan ker, katijah tan dan ramai lagi otai2 kita yang superb….waduhhhh mesti letopp drama legend..

  3. Noni says:

    Level penonton skrg pn x bole dibodohkn dgn pelakon baca skrip je selain bulu mata berlapis,,.jgn risau nabila…selalunya akak tukar channel klu pelakon x bagus or skrip cincai cm zaman 70an…hrp lagu temanya sedap…kdg buang masa nonton drama nonsense..datuk..datin..tan sri..bibik…

  4. Anonymous says:

    elok lah penonton tgk pelakon cantik ke hensem ke… buat kan para penonton terikut ikut jaga diri & penampilan juga… kan elok nmpk org melayu ni pakai sopan2 & kemas… ko ni nk org melayu bangga2 ko imej seksi tu… tak nak aku bukak2 tv tgh fefeling drama nmpk ko

  5. Anonymous says:

    pelik aku… yg bising2 asek pelakon2 lama jer… si penyanyi2 lama tak pulak bising2 bila ade penyanyi baru dlm industri… pelakon lama ni perangai lain mcm tgk bole penonton tgk pelakon baru kot… asek nk kene tgk muka dia jerrr… hello pelakon baru pon ramai yg berbakat cuma kekadang tak menyerlah sbb follow genre watak diterima… baik tgk drama diorg dr tgk cerita bohsia

Loading...