Sebelum ini Adel AF2014 didakwa oleh seorang individu yang mengatakan beliau merampas suami orang. Namun, Adel telah tampil menjelaskan perkara sebenar dimana beliau juga tidak sangka bahawa kekasihnya itu masih lagi berstatus suami orang dan dalam proses untuk bercerai.
Walaubagaimanapun, Adel bukanlah seorang wanita yang kejam dan sama sekali tidak akan memaksa kekasihnya yang merupakan bapa kepada tiga anak perempuan itu mempercepatkan proses penceraian.
Buat masa sekarang, biarlah dia menyelesaikan masalah rumah tangganya dulu. Saya tidak mahu memaksa dia untuk mempercepatkan proses perceraian kerana bagi saya, kalau ada jodoh, adalah.
Susulan isu hangat berkenaan, ramai yang beranggapan Adel sengaja mencari publisiti murahan untuk menarik perhatian ramai dan sekaligus memanfaatkan perkara itu demi kerjayanya.
Saya bukan orang macam itu sanggup jual cerita murahan untuk popular. Saya sudah mengaku dan saya tidak mempunyai masalah berhubung perkara itu kerana saya yakin berada di pihak yang benar.
Mengulas lanjut, Adel tidak menolak sekiranya jodoh menyatukan mereka berdua dan bersedia untuk memeluk agama Islam sekiranya perkara tersebut benar-benar terjadi.