Peserta Hero Remaja 2020 yang namanya semakin dikenali kini, Meerqeen nampaknya sedap menikmati puncak populariti setelah membintangi drama Angkara Cinta yang masih bersiaran sehingga kini.
Anak saudara kepada penyanyi popular era 90-an Safura Yaacob itu juga khabarnya turtu berjaya memikat jenama antarabangsa untuk berkolaborasi bersama-samanya dalam kempen fesyen dan sebagainya.
Meskipun begitu, ketika namanya sedang meniti fasa popular dan dikenali ramai, terpalit pula kontroversi di mana ada yang mendakwa pelakon berusia 20 tahun ini gemar berfoya-foya dan juga kaki perempuan.
Tampil menafikan dakwaan tersebut, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam berkata dia tidak tahu atas dasar apa mereka menuduh dirinya dengan dakwaan sedemikian rupa.
View this post on Instagram
“Saya akui, ada yang menuduh saya suka berparti dan bertukar teman wanita. Saya sendiri tidak tahu atas dasar apa mereka melemparkan tuduhan terhadap saya. Tidak dinafikan, saya suka melepak, tetapi hanyalah keluar minum kopi dan bertemu rakan-rakan.”
Mengenai tuduhan mengatakan dia gemar mengunjungi pusat hiburan dan dikelilingi ramai wanita, Meerqeen sejujurnya mengakui dia sangat mementingkan keluarga.
Menurut Meerqeen lagi, dia lebih gemar duduk di rumah jika tiada urusan dan tidak menyukai tempat yang bising seperti kelab malam jadi tuduhan yang mengatakan dia seorang kaki kelab adalah mengarut dan tidak masuk akal.
View this post on Instagram
Namun begitu, dia tidak menafikan sering sahaja menerima mesej peribadi dalam media sosial daripada peminat wanita yang menawarkan diri untuk menjadi kekasih namun menolaknya dengan cara baik.
“Cukup sekadar melayan mereka seperti peminat. Kalau layan berlebihan, bimbang dituduh memberi harapan. Saya tiada masalah berkawan, tetapi saya belum bersedia jika nak ajak bercinta. Masih banyak impian yang belum dicapai, terutama dari segi kerjaya. Saya mahu memiliki aset sendiri. Jadi saya perlu kerja keras daripada sekarang.”
Perkembangan lain, Meerqeen yang kini berada di Ipoh, Perak masih lagi menjalani penggambaran drama Angkara Cinta yang disambung sebanyak 45 episod dan dijangka akan tamat pada bulan April nanti.