Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Bukan Bodoh Sangat, Dah Tunjuk Mewah Lepas Tu Nak Minta Bantuan – Black Hanifah

black hanifah meminta

Gara-gara kenyataannya yang mencadangkan agar pihak kerajaan tidak meminggirkan golongan penggiat seni tempatan yang juga terjejas kerana lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),  penyanyi Black Hanifah menerima kecaman teruk daripada netizen. Rata-rata netizen berpendapat adalah lebih baik untuk memberikan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan berbanding artis yang mempunyai kehidupan mewah dan berduit.

black hanifah artis bantuan kerajaan

Advertisement

Bengang dirinya dituduh suka meminta, Black berkata cadangannya itu disalah anggap oleh netizen. Apa yang dia suarakan itu bukanlah untuk dirinya tetapi bagi pihak artis yang menghadapi kesempitan hidup kerana tiada kerja ketika wabak COVID-19.

Saya hanya suarakan bagi pihak artis yang memerlukan. Susah kalau netizen tak baca artikel penuh dan terus menghentam. Saya sendiri akui banyak persembahan dibatalkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tapi buat masa ini kewangan saya masih kukuh dan mencukupi.

black hanifah dikecam minta bantuan kerajaan

Ramai yang selar saya di Instagram, ada yang kata sebelum ini saya tunjuk kemewahan, sekarang nak minta bantuan pula!

Saya pun bukan bodoh sangat, dah tunjuk mewah, jalan sana sini di Instagram lepas itu takkan nak minta bantuan. Dalam isu ini saya hanya bawa suara mereka iaitu penggiat seni yang k3sempitan hidup kerana tiada job.

black hanifah bantuan

Menurut Black, bukan semua artis hidup mewah. Ada juga yang berdepan kesulitan hidup dan mereka juga layak dibantu seperti rakyat Malaysia yang lain.

Advertisement

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 Comments

  1. Anonymous

    March 31, 2020 at 1:15 pm

    “Saya bkn bodoh sgt, dh tunjuk mewah lepastu nak minta bantuan”…bodoh tp x nak mengaku bodoh..dh PM umum bantuan untuk semua rakyat M’sia mengikut kelayakan yg ditetapkan, jd maknanya sapa yg layak megikut kategori tersebut akan dpt la. X kira la artis ka, pekerja belkg tabir ka, jual ayam ka, keja gomen ka, keja swasta ka..awat hangpa semua ni bkn rakyat M’sia ka??? Nak demand lebih2 pasai apa. Ayat mudah mcm tu pun x paham ka. Konon nak tunjuk prihatin, tp x sedar dh tertunjuk kebodohan sendiri..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top