Isu menyentuh anjing merupakan suatu perkara yang sensitif sejak azali lagi di Malaysia. Baru-baru ini, penyanyi veteran To’ki telah mendapat kecaman daripada warga net apabila dia telah memuat naik beberapa keping foto memaparkan dia sedang memegang seekor anjing.
To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur,53, tmenjelaskan bahawa dia hanya membawa anjing milik sahabatnya untuk mendapatkan rawatan di klinik veterinar.
Meskipun mendapat tohmahan mengenai isu hukum hakam soal memegang anjing dalam kalangan orang Islam, penyanyi lagu Seni Berzaman ini tampil memohon maaf dan berharap orang ramai agar berhenti menghukum dirinya,
“Saya menyusun 10 jari memohon maaf kepada semua yang tengok gambar itu dan terima kasih atas teguran membina yang diberikan. Soal sentuh anjing ini usahlah kita panjang-panjangkan. Saya bukan bercium-ciuman dengan anjing itu..saya masih tahu batas. Anjing itu bukan anjing peliharaan, itu anjing untuk memburu milik kawan saya dan saya hanya tolong hantar ke klinik.”
Dalam pada itu, To’Ki turut meminta netizen di luar sana agar sewenang-wenangnya tidak melabel orang sebagai kafir hanya kerana tindakan menyentuh seekor anjing.
Kata To’ki lagi, anjing juga makhluk ciptaan Allah dan harus dilayan dengan baik oleh setiap insan di atas muka bumi ini. Tambahnya, dia boleh membasuh bahagian anggota badan dengan air tanah dan air mutlak jika menyentuh haiwan tersebut malah, dari sudut syariat Islam tidak salah sama sekali untuk dirinya memegang anjing.
Mengimbas kembali, perbuatan To’ki yang memuat naik foto bersama seekor anjing itu telah mengundang kata-kata daripada netizen yang menganggap penyanyi itu sebagai seorang yang tidak sensitif dengan ajaran Islam selain bimbang akan menimbulkan fitnah.
Sumber : mStar Online