April 24th, 2020

Kecoh diperkatakan di media sosial apabila ada individu mendakwa pelakon Janna Nick dan kekasihnya, Dini Azan Schatzmann telah berkahwin di selatan Thailand pada tahun lalu. Lebih mengejutkan, mereka juga didakwa kahwin lari.

janna nick kahwin lari

Bagaimanapun, Janna menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan tiada sebab untuk dia bernikah secara senyap di negara berkenaan kerana dia bukannya bercinta dengan suami orang. Kedua-duanya masih bujang dan mempunyai keluarga di Malaysia.

Sekiranya benar mereka ingin berkahwin, Janna berkata pastinya dia akan mengumumkan berita gembira tersebut.

janna nick dini schatzmann kahwin lari

Dalam sesebuah perhubungan pastinya perancangan kahwin itu ada, tapi tak ada la sampai nak kahwin lari, saya bukannya bercinta dengan suami orang.

Kalau betul kami dah nak berkahwin pasti saya akan umumkan tarikh, tapi itu semua sekiranya segala persiapan awal telah dibuat. Tapi dalam keadaan sekarang ini, segalanya tergendala. Jangankan kenduri kahwin, rumah terbuka pun belum tentu boleh buat.

janna nick kahwin lari

Dalam pada itu, Janna berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berita palsu tersebut.

Terdahulu, seorang individu di laman Twitter turut memuat naik keratan yang memaparkan maklumat peribadi Janna dan Dini, termasuk nama penuh dan nombor kad pengenalan mereka. Malah, dapat jelas dilihat menerusi keratan itu yang menyatakan pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan di daerah Satul iaitu di selatan Thailand pada 10 Jun 2019.

Sumber Berita : mStar Online


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...