October 4th, 2016

Kejohanan Perlumbaan Grand Prix Malaysia, Formula 1 yang berlangsung pada 2 Oktober lepas berlangsung dengan cukup meriah lagi dan mendapat sambutan yang cukup hangat. Seperti biasa, selepas tamat perlumbaan pasti akan ada persembahan menarik daripada artis tempatan dan antarabangsa yang disajikan buat peminat Formula 1.  Antara artis yang dinantikan ramai pastilah Usher.

Namun, sebelum Usher membuat persembahan, pelakon dan penyanyi Nur Fazura telah dijemput untuk menyanyi dan menghiburkan orang ramai.

Malangnya, ramai tidak berpuas hati dengan persembahan Fazura sehingga beliau teruk dikritik oleh netizen. Mereka menganggap beliau “syok sendiri” ketika berada di atas pentas.

Malah, ada juga penonton daripada negara barat berkata ” please stop” ketika Fazura mengatakan beliau hendak sambung menyanyi. Bukan itu sahaja, Fazura juga dikatakan menerima jeritan “boo” daripada orang ramai.

Berikut antara komen netizen :-

Sedar beliau dikritik, Fazura telah memberikan respon mengenai isu berkenaan melalui akaun Instagramnya. Fazura akui beliau bukanlah penyanyi profesional seperti Adele dan Beyonce.

I’m without words, so beyond humbled for the opportunity to perform in front of this amazing crowd at the F1 race yesterday. I’m no Adele or Beyonce, but I’m so thankful that God has given me this chance to share my passion with you. You’ve helped to make one of my dreams come true… Thank you for dancing, singing along, and for your positive energy!

Berikut video persembahan Fazura :-

Apa pendapat anda tentang persembahan Fazura? Benarkah beliau syok sendiri?

Sumber Berita : Instagram Fazura


Comments are closed.

Loading...